,

Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Chinese Style Paling Simple, 5 Minit Je!

resepi ayam masak halia berkuah chinese style simpel

Your ads will be inserted here by

Easy Plugin for AdSense.

Please go to the plugin admin page to
Paste your ad code OR
Suppress this ad slot.

resepi ayam masak halia berkuah chinese style simple

Hari ini saya akan cuba resepi ayam masak halia berkuah chinese style yang paling simple. Walaupun saya sudah lelah setelah bekerja seharian, saya tetap perlu memasak untuk anak-anak. Resepi masakan ayam ini saya pilih kerana sangat simple dan hanya memerlukan masa 5 minit. Walaupun mudah dan ringkas, resepi ayam masak halia yang simple dari chef hanieliza ini mempunyai rasa yang sangat disukai anak-anak. Saya merupakan ibu yang tidak ingin memberikan masakan pre heated untuk keluarga saya. Namun, saya juga memerlukan resepi masakan yang simple dan ringkas kerana kesibukan saya termasuk membersihkan rumah, menyiapkan anak-anak sekolah, mengajar di sekolah dan blogging. Oleh kerana itu, saya sentiasa mencari resepi yang mudah dan ringkas namun tetap mempunyai rasa yang lazat seperti resepi ayam masak halia berkuah ini.

Rempah utama masakan ayam chinese style ini adalah halia. Rempah ini memberikan rasa yang menakjubkan dan aroma yang sangat menyelerakan untuk setiap masakan. Halia merupakan rempah yang paling sering digunakan dalam masakan Asia. Oleh kerana itu, anda pasti akan mendapati banyak resepi di blog ini yang menggunakan halia sebagai rempah seperti resepi ayam percik.

Ayam masak halia ini dapat dengan mudah kita dapati di setiap restauran. Bahkan, ini merupakan resepi wajib yang selalu kami pesan setiap makan di restauran. Kami selalu memesan ayam masak halia bersama ayam paprik. Pada masa ini saya akan memasak ayam halia berkuah ini untuk keluarga saya. Jika kamu ingin cuba masak ayam halia chinese style yang simple seperti ini, jom ikuti resepi ini.

Bahan:
2 dada ayam
1 cili hijau segar (boleh digantikan dengan 7 cili padi)
1 bawang
3 inci halia
1 sudu kecil tepung jagung
2 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa

Cara Masak Ayam Halia Chinese Style:
1. Potong ayam kepada kepingan kecil
2. Hiris cili hijau, bawang dan halia.
3. Masukkan minyak masak ke dalam kuali, tumis bawang dan halia sehingga wangi. Masukkan potongan ayam lalu kacau hingga merata.
5. Apabila ayam setengah masak, masukkan tepung jagung yang sudah dicampur dengan air.
6. Tambah garam dan secubit gula secukup rasa dan taburkan hirisan cili. Kemudian kacau hingga merata.
7. Setelah ayam masak, sajikan ke dalam mangkuk

resepi ayam masak halia berkuah chinese style simple chef hanieliza
Ayam masak halia berkuah ala chef Hanieliza yang sedap dan lazat ini sedia untuk dimakan. Jika anak-anak Anda suka masakan ayam, Anda wajib cuba masak ayam masak merah dengan resepi ini http://foodaddict.me/resepi-ayam-masak-merah-tersedap-untuk-hari-raya-dan-kenduri-kahwin.html

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Resepi Popia Cheese Paling Mudah, 3 Bahan Je!

resepi putu piring tradisional mudah sedap 01

Resepi Putu Piring Tradisional Yang Paling Sedap dan Mudah!