,

4 Resepi Ayam Masak Kunyit Paling Sedap dan Ringkas, Tak Sampai 30 Minit Je!

Your ads will be inserted here by

Easy Plugin for AdSense.

Please go to the plugin admin page to
Paste your ad code OR
Suppress this ad slot.

Adakah anda sedang mencari idea-idea untuk menu makan tengah hari? Mari kita cuba resepi turun temurun dari kecik sampailah dah kahwin, Ayam masak kunyit. Ini hidangan kampung yang dapat dibuat dengan pelbagai variasi. Di sini saya telah mengumpul pelbagai resepi ayam kunyit yang paling sedap dan mudah disediakan, tak sampai 30 minit sahaja.

Resepi Ayam Masak Kunyit Halia

resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 00

Ayam masak kunyit halia ini akan menjadi menu makan tengah hari yang paling disukai kanak-kanak. Dengan aroma yang sangat sedap membuat terliur, Kita tak perlu bersusah payah untuk masak menu yang terlalu complicated untuk dihidangkan kepada kanak-kanak. Resepi ini akan menjadi masakan yang mudah tapi istimewa hidangan air tangan sendiri. Ayam masak kunyit halia ini memang sedap. Sila lah cuba resepi mudah ini. Tak sampai 30 minit untuk membuat ayam masak kunyit halia ini.

Bahan-bahan
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 00 bahan bahan
1/2 ekor ayam
1 sudu kecl serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cili boh
1 ibu jari halia hiris
1 asam keping
bawang besar dan cili untuk hiasan

Cara-cara membuat ayam masak kunyit halia langkah demi langkah
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 01
1. Potong ayam kecil-kecil lalu bersihkan
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 02
2. Masukkan air dalam cawan bagi ayam separa tenggelam untuk rebuskan dengan bahan-bahan. Masukkan semua bahan kecuali hiasan.
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 03
3. Rebuskan ayam
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 04
4. Dalam 10-15 minit sehingga air rebusan ayam kering, api perlahankan.
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 05
5. Hiris bahan hiasan dan siapkan 1/2 cawan minyak masak
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 06
6. Masukkan minyak masak, api perlahan. Masak dalam 5 minit supaya ayam sedikit garing dan kering. Kemudian, masukkan bawang serta cili untuk hiasan
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 07
7. Ayam masak kunyit halia siap dihidangkan bersama nasi selagi hangat.

Selamat mencuba dan jangan lupa share…
Jom cuba juga resepi ayam goreng kunyit yang senantiasa paling sedap!

Resepi Ayam Masak Kunyit Pedas Cili Padi

resepi ayam masak kunyit pedas cili padi ala thai

Jomlah cuba buat ayam masak kunyit pedas cili padi untuk mengisi kesibukan di hari ahad ini. Jadi alang-alang hari sabtu dan ahad cuti, bolehlah masak-masak kat rumah ni untuk menu tengah hari. Suami dan kanak-kanak pasti suka.

Bahan-bahan
5 bawang putih
9 cili api
5 cili padi
3 batang Serai
seinci kunyit hidup

Langkah demi langkah membuat ayam masak kunyit pedas ala thai
resepi ayam masak kunyit pedas cili padi ala thai 01
1. Kisar atau tumbuk semua bahan – bahan di atas kecuali serai.
Bahan seterusnya ialah potong bawang besar dan juga sediakan daun limau purut.

resepi ayam masak kunyit pedas cili padi ala thai 02
2. Tumiskan bahan yang dikisar tadi bersama dengan serai sampai pecah minyak dan naik bau.

resepi ayam masak kunyit pedas cili padi ala thai 03
3. Jangan lupa ayam goreng kunyit yang ala-ala saja ye, jangan garing sangat. Nanti keras, tak best pula.

resepi ayam masak kunyit pedas cili padi ala thai 04
4. Selepas bahan ditumis tadi sudah naik minyak, masukkan sos tiram dan sos cili atau tomato.

resepi ayam masak kunyit pedas cili padi ala thai 05
5. Agak-agak bila sos sudah sebati, masukkan daun limau purut dan bawang hirisan tadi.

resepi ayam masak kunyit pedas cili padi ala thai 06
6. Gaul rata semuanya dan siap!

SELAMAAAAT MENCUBAAA

Anda boleh cuba juga resepi masakan ikan siakap 3 rasa ala thai.

Resepi Ayam Masak Kunyit Ala Kedayan Brunei

Resepi ayam masak kunyit kedayan brunei

Your ads will be inserted here by

Easy Plugin for AdSense.

Please go to the plugin admin page to
Paste your ad code OR
Suppress this ad slot.

Tak hanya malaysia, brunei juga memiliki resepi ayam masak kunyit. Ini merupakan salah satu dari santapan melayu brunei yang paling membuat terliur. Masakan ini sangat digemari oleh penduduk Brunei Darussalam. Kalau Anda sedang di Brunei, sebut saja ayam masak kedayan.

Bahan A (ditumbuk/dikisar):

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia

Bahan B:

1 ekor ayam (dipotong kecil)
2 sudu makan cili yang dikisar (kalau nak pedas lagi, boleh tambah)
Sedikit belacan
1 sudu teh serbuk kunyit
2 batang serai
1/2 cawan air asam jawa atau 3 keping asam kulit (ikut suka rasa)
Santan (1 biji kelapa)
Garam secukup rasa
Minyak makan
Air

Cara-cara membuat ayam masak kunyit kedayan ala brunei step by step

Tumis Bahan A. Kemudian bubuh cili kisar dan sedikit belacan. Masukkan serbuk kunyit dan serai. Tumis kesemua bahan sehingga naik bau. Masukkan sedikit air, ayam dan asam jawa atau asam keping. Masukkan santan dan air. Masakkan sehingga mendidih. Kemudian masukkan perasa. Hidangkan dengan nasi putih.

Resepi Ayam Masak Kunyit Tumis Kacang Panjang

resepi ayam masak kunyit tumis kacang panjang
Ayam masak kunyit tumis kacang panjang merupakan masakan kampung yang sangat digemari oleh masyarakat di negeri jiran. Masakan ini hampir selalu tersedia di kedai-kedai makan. Meskipun resepi ayam masak kunyit asal otentik dari thailand, beragam budaya bertemu bersatu dalam kuali menghasilkan masakan yang sangat sedap.

Bahan-bahan untuk membuat ayam masak kunyit tumis kacang panjang

Ayam atau Daging Sapi hiris tipis-tips
Kacang Panjang
Bawang besar
Bawang Merah
Bawang putih
Kecap masin
Saus Tiram
Lada Bubuk
Kunyit serbuk
Garam & Gula
Cili padi

Langkah-langkah membuat ayam masak kunyit tumis kacang panjang

Rendam ayam dengan kicap dan kunyit serbuk, aduk sebentar diamkan 15-20 minit.

Iris bawang besar, bawang merah, bawang putig, kacang panjang.

Sediakan kuali dengan minyak secukupnya untuk menumis.

Goreng ayam setengah matang. Jangan sampai kering. angkat

Tumis semua bawang dihiris hingga wangi.

Masukkan ayam, lada, kicap, sos tiram. Garam dan Gula.

Akhir sekali masukkan kacang panjang. Kacau semua hingga rata dan matang. Tutup sebentar, Berkhidmat dengan nasi hangat.

Semoga aneka resepi masakan ayam yang sedap dan ringkas ini membantu Anda menyiapkan lauk pauk untuk tengahari.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

resepi cara buat almond rocher sedap mudah step by step

Resepi Cara Buat Almond Rocher Paling Sedap

Resepi Tauhu Begedil Johor Paling Mudah, 3 Langkah Je!