,

Resepi Biskut Famous Amos Chocolate Chip

Your ads will be inserted here by

Easy Plugin for AdSense.

Please go to the plugin admin page to
Paste your ad code OR
Suppress this ad slot.

resepi rahsia biskut famous amos chocolate chip sukatan cawan mudah sedapResepi Rahsia Cara Membuat Biskut Famous Amos Chocolate Chip – Biskut Famous Amos merupakan merek cookies yang ditubuhkan oleh Wally Amos pada tahun 1975 di Los Angeles. Seperti namanya, kini biskut ini sangat terkenal dan disukai oleh banyak orang di seluruh dunia. Kedai biskut famous amos di malaysia pertama kali berdiri pada tahun 1984 di Sungei Wang Plaza. Kini, biskut chocolate chip ini telah tersebar di lebih dari 60 kedai yang tersebar di berbagai mall dan airport. Banyak orang yang ingin cuba membuat biskut chocolate chip ala famous amos di rumah. Namun, ternyata sangat sukar untuk mendapatkan rasa yang sama persis dengan biskut famous amos. Selepas melakukan pelbagai percubaan, saya mencari kunci untuk mendapatkan rasa chocolate chip yang mirip dengan famous amos. Agar mendapatkan rasa yang lazat, kita harus memilih coklat, kacang, dan butter yang berkualiti. Jomlah simak resepi cara masak yang mudah biskut chocolate chip ala famous amos ini.

Bahan
bahan resepi famous amos chocolate chip sukatan cawan
1 cawan mentega
1 cawan gula cokelat
1/4 sudu kecil garam
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan oats, blender sampai menjadi tepung
1/2 cawan tepung badam
3/4 cawan kacang kegemaranmu (boleh gajus, badam, atau kemiri), dicincang
1 cawan coklat batang, dicincang
1 cawan tepung terigu protein sedang kacau dengan 1/2 sudu kecil baking powder

Cara membuat famous amos chocolate chip
resepi cara membuat chocolate chip ala famous amos mudah sedap
Campurkan telur dan esen vanilla. Diamkan di peti sejuk hingga 2 jam

Panaskan ketuhar hingga 160 darjah celcius

Campurkan mentega, gula, dan garam hingga tercampur merata dan berwarna pucat

Tambah campuran telur yang sudah disejukkan ke dalam campuran mentega. Kacau hingga tercampur merata.

Your ads will be inserted here by

Easy Plugin for AdSense.

Please go to the plugin admin page to
Paste your ad code OR
Suppress this ad slot.

Tambah tepung oat, tepung badam, kacang cincang, dan coklat cincang. Kacau dengan spatula hingga merata.

Tambah tepung terigu secara bertahap dan kacau hingga sebati dengan spatula

Kacau terus menerus hingga menjadi adunan yang padat.
resepi adunan chocolate chip ala famous amos
Ambil adunan dengan menggunakan sudu kecil lalu tuangkan adunan di atas loyang. Beri jarak 2.5 cm antar adunan.

Panggang di dalam ketuhar hingga kira-kira 20 minit.

Angkat biskut dari ketuhar dan biarkan hingga sejuk

Biskut famous amos chocolate chip siap disajikan. Jika anda ingin menyimpannya, simpan di dalam tempat kedap udara agar tetap rangup.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Resepi Ayam Percik Sos Merah Kelantan Simple, Sedap dan Mudah

Resepi Lasagna Atkins Untuk Diet