,

Resepi Churros Cheese Sos Coklat Tanpa Telur Step by Step

Your ads will be inserted here by

Easy Plugin for AdSense.

Please go to the plugin admin page to
Paste your ad code OR
Suppress this ad slot.

resepi churros cheese sos coklat tanpa telur step by stepChurros yang merupakan makanan ringan dari Spanyol, kini mula popular di Malaysia. Banyak kedai-kedai yang menjual churros. Anda pun boleh menikmati churros buatan anda sendiri dengan bantuan resepi mudah step by step ini. Churros yang berbentuk panjang ini dibuat menggunakan beg semburan yang hujungnya berbentuk bintang. Churros yang paling banyak disukai adalah churros rasa cheese dengan sos coklat.

Makanan ringan yang sering disebut dengan donat Sepanyol ini sangat sesuai untuk disajikan sebagai makanan ringan di waktu lapang. Walaupun makanan ini merupakan makanan barat, anda boleh mendapatkan bahan-bahannya dengan sangat mudah. Churros ini boleh dibuat dengan telur maupun tanpa telur. Anda boleh memilih tergantung selera anda. Saya pernah cuba kedua-duanya dan saya lebih suka churros tanpa telur.

Berikut ini resepi churros cheese sos coklat tanpa telur

Bahan
1,5 cawan susu cair
0,5 cawan air
3 sudu besar mentega, dipotong dadu
200 gram cheese
2 sudu teh gula pasir
1/4 sudu kecil + 1/8 sudu kecil garam
0,5 sudu kecil Esen vanila
1 cawan tepung serbaguna
minyak sayuran, untuk menggoreng

Bahan Sos Coklat
100 gram coklat batang
200 ml susu cair

Bahan topping gula kayu manis
1/2 cawan gula pasir
2 sudu teh serbuk kayu manis

Cara Membuat Sos Coklat
Campur potongan coklat dan susu cair ke dalam kuali. Panaskan dengan api sedang hingga coklat cair. Aduk hingga rata.

Langkah membuat Churros Keju Sos Coklat Tanpa Telur Step by Step

1. Campur susu, air, keju, mentega, gula, dan garam. Panaskan adunan tersebut sehingga mendidih.
2. Setelah ia sampai mendidih, keluarkan dari panas dan segera campur dengan Esen Vanila dan tepung. Kacau campuran sehingga sebati. Diamkan dan tunggu hingga sejik sekitar 15 minit.
3. Masukkan adunan ke dalam beg semburan dengan hujung berbentuk bintang diameter 2 cm
4. Tuangkan minyak ke dalam kuali hingga ketinggian kira-kira 1.5 inci. Panaskan hingga 180 darjah celcius. Tekan keluar adunan dari poket semburan kemudian potong sepanjang 10 cm. Jatuhkan potongan itu ke dalam minyak yang telah panas. Lakukan ini berulang dan beri jarak antar adunan.
5. Goreng hingga coklat keemasan selama kira-kira 2 minit.
6. Angkat dan tiriskan.
7. Selagi panas, lumuri churros dengan gula pasir dan kayu manis. Sajikan bersama sos coklat.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

Resepi Roti Bakar Telur Meleleh Paling Mudah, 5 Minit Je!

Resepi Kuih Bakar Bahulu Kemboja Sukatan Cawan