,

Resepi Kuih Talam Kastard Jagung Paling Mudah, 6 Langkah Je!

resepi kuih talam kastard jagung step by step bergambar 00

Your ads will be inserted here by

Easy Plugin for AdSense.

Please go to the plugin admin page to
Paste your ad code OR
Suppress this ad slot.

Resepi Cara Membuat Kuih Talam Kastard Jagung Yang Paling Sedap, Senang dan Mudah
resepi kuih talam kastard jagung step by step bergambar 00
Ada peminat kuih talam? Ada yang suka jagung tak? Kalau peminat kuih talam dan suka jagung, bolehlah mencuba resepi kuih talam kastard jagung ni. Kuih talam biasanya sesuai untuk di buat kenduri kendara ataupun sesuatu majlis. Kuih ni kelihatan cantik dan menyelerakan bila di potong dngn kemas dan licin. Talam kastard jagung ini sedang elok rasanya, lemak dan tidak terlalu manis, sedap je bila gigit bahagian jagung. Terliur hingga menjilat lidah. Jomlah cuba buat kuih talam kastard jagung.

Resepi Kuih Talam Kastard Jagung Step by Step Bergambar
♡by Nor Fatihah

Bahan-bahan Lapisan Bawah
♡1 cawan jagung manis berkrim dalam tin
♡1 cawan tepung beras
♡2 sudu besar tepung kastard
♡2 cawan santan pekat
♡1/2 cawan gula
♡sedikit pewarna kuning

Bahan-bahan Lapisan Atas
♡1 cawan tepung beras
♡2 cawan santan pekat
♡1/2 sudu kecil garam halus
♡sedikit perisa jagung-x ltk pun tkpe

Cara Membuat Kuih Talam Kastard Jagung ;
resepi kuih talam kastard jagung step by step bergambar 01
1. (Bahagian Lapisan Bawah) Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali jagung. Kacau hingga gula hancur & tapiskan ke dalam periuk/kuali. Masak atas api kecik hingga naik wap. Masukkan jagung & kacau lagi hingga rata
resepi kuih talam kastard jagung step by step bergambar 02
2. Alas loyang dengan plastik wrap & sapu sikit minyak. Jika guna acuan lompang/mini x pyh alas plastik, sapu minyak je. Tuang adunan bawah tadi dan kukus 20 minit. Buka penutup kukus sekali sekala & lap air pd penutup utk elakkan air jatuh atas permukaan kuih
resepi kuih talam kastard jagung step by step bergambar 03
3. (Bahagian Lapisan Atas) Satukan semua bahan-bahan ke dalam periuk/kuali. Masak atas api kecik hingga naik wap
resepi kuih talam kastard jagung step by step bergambar 04
4. Bila bahagian lapisan bawah tadi dah masak, cakarkan sikit pada permukaannya
resepi kuih talam kastard jagung step by step bergambar 05
5. Tuang perlahan lahan adunan lapisan atas. Kukus semula 20 mnt. Buka penutup kukus sekali sekala & lap air pd penutup utk elakkan air jth atas pmukaan kuih
resepi kuih talam kastard jagung step by step bergambar 06
6. Sejukkan kuih dlm peti ais, baru boleh potong & kuarkan dari acuan lompang

# jika terdapat air pada permukaan kuih, lap dengan tisu dapur
# jika guna loyang, potong dengan pisau plastik @ pemotong agar2 supaya potongan nampak kemas & cantik

Cuba juga resepi kuih talam suji pandan di sini.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

resepi spaghetti bolognese prego mudah sedap step by step

Resepi Spaghetti Bolognese Prego Paling Mudah dan Sedap! Step By Step