,

Resepi Nasi Serai Wangi Pandan Ala Chef Wan

resepi nasi serai wangi pandan chef wanResepi Cara Masak Nasi Serai Wangi Pandan Ala Chef Wan – Air liur saya tidak boleh berhenti menitis ketika melihat chef wan sedang masak nasi serai wangi pandan ala thailand ini. Nasi serai ini sangat sesuai untuk dihidangkan dengan pelbagai lauk yang dimasak dengan bumbu asia. Saya akan kongsikan resepi mudah untuk memasak nasi serai ala chef wan yang saya rangkum dari asian food channel ini.

Bahan Nasi Serai
500 gram nasi basmati, masak setengah matang
2 sudu makan sambal belacan
1 ruas halia, cincang halus
1 ruas kunyit, rendam dengan air panas kemudian peras dan ambil air perasannya
1 liter santan pekat
6 biji bawang merah, iris tipis-tipis
4 sudu makan kerisik
300 gram parutan kelapa
4 buah limau Kalamansi
4 ikan kembung, hilangkan durinya lalu potong melebar
50 gram ikan kurau kering
1 helai serai, tumbuk halus
2 helai daun pandan
Udang kering secukupnya

Bahan Bumbu
Daun ulam raja, daun kesum, daun kunyit, serai, bunga kantan, daun kaduk, daun kemangi, daun tenggek burung, secukupnya sesuai selera lalu iris-iris halus

Cara Masak Nasi Serai Wangi Pandan
1. Campur nasi basmati dengan santan pekat dan air dengan perbandingan antara nasi dan cecair 1: 1. Tambah tumbukan serai dan air kunyit, kemudian panaskan hingga nasi masak

2. Setelah nasi masak, masukkan semua bahan dan bumbu. Campur hingga merata.

Nasi serai wangi pandan siap dihidangkan bersama lauk seperti ayam masak vietnam

Resepi Kek Kurma Sos Karamel

Resepi Sambal Belacan Ala Chef Wan Paling Mudah