10 Panduan Pilih Durian Yang Isinya Banyak Ulas, Masak Elok & Tak Keras.

Posted on

10 Panduan Pilih Durian Yang Isinya Banyak Ulas, Masak Elok & Tak Keras.

Musim durian dah tiba! Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh para penggemar raja buah ini. Minggu lalu, kecoh di media sosial mengenai durian di Perak dah mula gugur dan dijual dengan harga serendah RM6 sekilo. Wow! Memang murah. Malah penangan viral ni juga telah menyebabkan durian di Kg Gajah, Perak telah diserbu oleh para penggemarnya. Sahabat admin sendiri telah berkunjung ke kampung tersebut hujung minggu lalu dengan niat untuk borong durian, tetapi pulang hampa kerana stok durian ‘sold out’! Fuh…hebat betul penangan si buah berduri ni.

Bila permintaan sudah tinggi, maka nanti mungkin ada yang nak ambil kesempatan dengan menjual durian yang belum masak sepenuhnya. Jika terkena, memang sakit hati kan? Dah lah beli mahal, nak makan pun tak sedap. Lagipun, buah berkulit tebal ni susah juga nak agak kondisi isinya. Oleh itu, jom belajar cara-cara nak kenal dan pilih buah durian yang masak sempurna dan sedap.

TIP PILIH BUAH DURIAN AGAR TAK KENA TIPU

1. DURI

foto: publicdomainpictures.net

Perkara pertama untuk memilih durian yang masak sempurna, banyak isi dan manis, lihat pada durinya. Pilih durian yang memiliki duri yang jarang, besar dan agak tumpul kerana biasanya ia memiliki isi yang masak elok, kering dan manis.

2. BAU

Cium baunya. Jika durian tersebut berbau manis yang kuat, itu tandanya durian tersebut mempunyai kualiti yang bagus. Jika kurang berbau, ia bermakna durian tersebut masih belum matang dan perlu disimpan beberapa hari sebelum dinikmati.