15 Resepi Masakan Sembelihan Korban, Paling Sedap, Senang dan Mudah Disediakan!

Posted on

Tentu sekali Anda mendapat banyak daging korban daripada rakan-rakan da saudara-mara. Apa hidangan yang hendak dimasak agaknya? Terdapat pelbagai masakan berasaskan daging korban yang boleh Anda cuba. Misalnya, 12 jenis resepi yang kami kongsikan ini. Mudah dan simpel tapi sedap! Sila cuba..

1. Daging Masak Hitam

resepi-daging-masak-hitam-paling-lazat-sedap

Daging masak hitam ..sesuai di makan dgn nasi tomato, nasi hujan panas dan nasi puteh pun sedap
Resepi ni utk 5 kg daging
Bahan2
5 kg daging ..dipotong
2 kg bawang besar blend kasar kemudian tapis..(air bawang jgn buang nanti blh bancuh rempah dan blend cili)
200 gm rempah kari daging
2 cwn cili mesin ..nk pedas blh tambah
2 sudu besar lada hitam ..tumbuk halus
3 cwn kicap lemak
1/2 cwn gula merah
Bahan2 tumis
1 kg bawang besar hiris nipis
3 labu bawang putih hiris nipis
3 inci halia dimayang halus
4 serangkai kayu manis, bg lawang, bg cengkih dan buah pelaga
5 tangkai daun kari

Cara Memasak
1. Panaskan minyak tumis 4 serangkai sampai naik bau
2. Masukan daun kari
3. Masukan bawang putih, bawang besar dan halia biar sampai layu dan kuning
4. Masukan bawang mesin masak sampai bawang layu dlm 5 minit
5. Masukan cili mesin biar sekejap dlm 3 ke 4 minit sambil kacau
6. Masukan rempah, lada hitam dan gula merah masak sampai pecah minyak
7. Bila dah pecah minyak dan bau wangi masukan daging
8. Bila daging dh tukar warna masukan kicap dan sedikit air (dlm 2 cawan jgn byk sbb daging akn keluar air)
Biarkan sampai daging empuk dan pekat
9. Daging masak hitam siap disajikan

Tips:
**saya x tambah garam dan gula lagi sbb dh secukup rasa tp ikut selera masing2 klu ada apa yg kurang blh adjust ok
** kenali daging yg kita beli klu daging kotak elok di rebus dulu klu daging segar x perlu

2. Daging Bakar Vietnamese Dipping Sauce

resepi-daging-bakar-vietnamese-dipping-sauce

Bahan-bahan
– Daging setebal kotak rokok
– garam, serbuk lada, gula/ madu secukup rasa
– bijian untuk hiasan

Bahan-bahan Sos Vietnamese
– Sos ikan
– Daun ketumbar
– Cili padi
– Limau nipis
– Bawang merah

Cara Memasak
– Lumur daging dengan garam, serbuk lada hitam, gula/ madu.
– Sapu minyak sikit pada daging
– Panggang 3 minit setiap sisi
– Tegakkan sisi tepi sampai semua sisi abis
– Siap angkat
– Tutup dengan bekas. Rehatkan dia.
– Sementara itu, sediakan bahan sos
– Masukkan semua bahan sos bersama
– Potong daging serong-serong
– Tabur bijian kengkonon hias ia sikit
– Cecah dan ngap. Makan daging bakar dengan nasi, mihun sup, atau salad suka hati korang. Sedaap!

3. Daging Mongolia

resepi-daging-mongolia

Bahan
300 gram daging batang pinang, hiris nipis
Tepung jagung 1 cup
Telur 1 biji
Minyak untuk menggoreng
Garlic, tumbuk hancur
Halia, tumbuk hancur
Daun Kari
Lada Benggala

Bahan Perasa:
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Susu cair
Secukup rasa*

Cara Memasak
Step 1: Perap daging sekurang-kurangnya 30minit dengan Kicap Manis

Step 2: Perap daging bersama tepung jagung dan telur. Gaul sebati. Tepung ni tak akan rasa macam tepung bila dah siap nanti. Kita akan rasa daging kita jadi tebal dengan isi. Walaupun pada hakikatnya daging nipis je.

Step 3: Panaskan minyak. Minyak banyak tau. Bukan nak tumis ni. Nak goreng.

Step 4: Tumis garlic, halia dan daun kari. Jangan sampai garing. Cukup la sampai kekuningan dan keluar bau harumm.

Step 5: Bila dah bau sedap, buh semua bahan perasa dan masuk sekali daging tadi. Kacau sebati. Kalau tak cukup kuah, tambah lagi susu cair. Ikut suka nak banyak mana. Susu cair tak akan jadikan ia berkuah. Paling2 makin basah je. Bole lah campak sayur dan bawang besar.

Daging Monggolia sudah siap. Jangan cuba2 bagi anak ratah. Kalau tak nanti korang sabar je dengar anak nangis merayu2 “nak lagi mama, nak lagi mama.” Heheh..
Bolehlah SHARE supaya kita semua dapat rasa daging yang kalau order kat restoran masakan cina boleh tahan mahal juga harganya.

4. UNGKEP DAGING BERKERISIK

resepi-ungkep-daging-berkerisik

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 6 biji bawang merah | kisar
  • 3 ulas bawang putih | kisar
  • 2 sudu makan serbuk ketumbar
  • 1 sudu makan serbuk jintan manis
  • 1 sudu makan serbuk jintan putih
  • 1 batang serai | titik
  • 1 inci halia | kisar
  • 1 sudu makan kerisik
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar dan serai. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Gaul sekata.
  2. Setelah bahan tumisan garing dan pecah minyak, masukkan daging dan sedikit air.
  3. Masukkan kerisik dan biarkan mendidih hingga kuah sedikit pekat.
  4. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

 

INFO CHEF : Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.

 

 

5. KARI DAGING

resepi-kari-daging
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | potong dan bersihkan
  • 1 mangkuk santan
  • 5 biji bawang merah | kisar
  • 2 ulas bawang putih | kisar
  • 1 inci halia
  • 1 tangkai daun kari
  • 3 sudu makan rempah daging
  • 2 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 2 inci kulit kayu manis
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya
  • Air secukupnya
  • Garam secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bahan kisar, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang dan kayu manis.
  2. Masukkan daun kari dan rempah daging. Apabila tumisan sudah garing dan pecah minyak, masukkan air. Kacau sebati
  3. Masukkan daging dan sedikit air lagi
  4. Kemudian masukkan santan dan biarkan mendidih.
  5. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

INFO CHEF : Boleh cuci daging dengan tepung gandum untuk mengurangkan bau.

 

 

6. MASAK LEMAK DAGING SALAI DAN MANGGA MUDA

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | disalai
  • 1 mangkuk santan
  • 2 batang serai
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 biji mangga muda | dihiris
  • Garam dan gula secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk kecuali mangga muda. Masak di atas api sederhana besar. Kacau perlahan.
  2. Setelah mendidih, masukkan mangga muda.
  3. Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Angkat dan sedia dinikmati.

 

INFO CHEF : Mangga muda beri rasa masam pada hidangan.

 

 

7. DAGING GORENG KUNYIT
daging-goreng-kunyit

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
  • 4 batang kacang panjang | dipotong 2 inci
  • 2 biji cili padi | dihiris
  • 2 labu bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • Minyak masak secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris dan kacau sekejap.
  2. Masukkan pula daging yang telah digoreng tadi.
  3. Akhir sekali masukkan kacang panjang dan garam serta gula secukup rasa.
  4. Angkat dan sedia dihidangkan.

 

INFO CHEF : Boleh tambah cili padi untuk lebih pedas bila digigit.

 

 

8. DAGING MASAK SOS TIRAM
daging-masak-sos-tiram
BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 2 biji cili besar merah | dihiris
  • 2 biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 1 inci halia | hiris
  • 3 sudu makan sos tiram
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bahan hiris. Bila sudah naik baru, masukkan daging dan sedikit air. Gaul sebati.
  2. Masukkan pula sos tiram dan biar ia masak seketika. Gaul sekata.
  3. Angkat dan sedia dinikmati.

INFO CHEF : Tidak perlu garam kerana sos tiram sudah masin.

 

 

9. RENDANG DAGING PEGAGA
rendang-daging-pegaga

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 7 biji bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 ½ inci halia | dikisar
  • 1 inci lengkuas | dikisar
  • 5 batang serai | dihiris halus
  • 2 inci kunyit hidup | dikisar
  • 2 sudu makan kerisik
  • Sedikit hirisan daun kunyit
  • 1 ikat daun pegaga
  • 2 mangkuk santan
  • Garam dan gula secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik, daun pegaga dan daun kunyit. Kacau perlahan.
  2. Bila kuah sudah agak kering dan pekat, masukkan kerisik.
  3. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan daun kunyit. Gaul seketika.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

 

INFO CHEF : Hidangan ini tidak perlu ditumis.

 

 

10. RENDANG DAGING DAN HATI BERKUAH

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm daging
  • 300gm hati
  • 7 biji bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 ½ inci halia | dikisar
  • 1 inci lengkuas | dikisar
  • 5 batang serai | dihiris halus
  • 2 inci kunyit hidup | dikisar
  • 2 sudu makan kerisik
  • Sedikit hirisan daun kunyit
  • 2 mangkuk santan
  • Garam dan gula secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Masukkan semua bahan kecuali kerisik dan daun kunyit. Kacau perlahan.
  2. Bila kuah sudah agak pekat, masukkan kerisik.
  3. Akhir sekali masukkan daun pegaga dan hirisan daun kunyit.
  4. Masak dan biar mereneh namun pastikan ianya masih berkuah.
  5. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.

 

11. DAGING GORENG CILI PADI BERKENTANG
daging-goreng-cili-padi

BAHAN-BAHAN:

  • 500 gm daging | direbus kemudian digoreng dengan kunyit
  • 10 biji cili padi | dikisar
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 2 biji kentang |potong wedges dan digoreng
  • Sedikit air
  • Minyak untuk menumis secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Masukkan bahan kisar, dan setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging yang telah digoreng tadi.
  3. Masukkan sedikit air dan akhir sekali masukkan kentang yang sudah digoreng.
  4. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dinikmati.

 

INFO CHEF : Boleh tambah jumlah cili padi jika mahu lebih pedas.

 

 

12. DAGING GORENG KACANG PANJANG

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 2 sudu makan cili kering kisar
  • 6 biji bawang merah | dikisar
  • 2 ulas bawang putih | dikisar
  • 5 batang kacang panjang | potong serong
  • 1 sudu kerisik
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 mangkuk santan
  • Sedikit air
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya
  • Garam dan gula secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali. Setelah minyak panas, masukkan bahan kisar dan juga serai.
  2. Setelah tumisan garing dan naik bau, masukkan daging, diikuti sedikit air. Setelah daging kecut, masukkan santan. Kacau perlahan.
  3. Biarkan kuah agak pekat sedikit, masukkan kerisik dan kacang panjang.
  4. Akhir sekali, perasakan garam dan gula secukup rasa.
  5. Angkat dan sedia dihidangkan.

INFO CHEF : Tidak perlu goreng kacang panjang terlalu lama agar ia rangup bila kunyah.

 

 

13. RENDANG DAGING MADURA

rendang-daging-madura

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm daging
  • 7 biji bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 ½ inci halia | dikisar
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 2 batang serai | dikisar
  • 7 sudu kicap manis
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 2 tangkai daun kari
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Perap daging bersama semua bahan kisar dalam ½ jam.
  2. Panaskan minyak, masukkan perapan daging tadi.
  3. Masukkan sedikit air untuk pastikan daging lembut. Kacau sebati.
  4. Setelah kuah sudah kering dan sedikit pekat, masukkan daun kari, kicap manis dan hirisan bawang besar.
  5. Biarkan tiga minit dan angkat. Sedia dinikmati.

INFO CHEF : Rendang ini tidak menggunakan santan.

 

 

14. PERUT MUDA ALA PADANG
perut-muda-padang

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
  • 7 biji bawang merah | dikisar
  • 3 ulas bawang putih | dikisar
  • 1 ½ inci halia | dikisar
  • 1 inci lengkuas | dikisar
  • 3 sudu cili kering kisar
  • 2 batang serai | dititik
  • 1 mangkuk santan
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak masak secukupnya

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak di dalam kuali.
  2. Tumis bahan kisar, serai dan daun kunyit serta daun limau purut.
  3. Setelah tumisan naik bau dan garing, masukkan perut yang telah rebus tadi. Gaul sebati.
  4. Masukkan santan dan biarkan mendidih.
  5. Akhir sekali garam dan gula secukup rasa.
  6. Angkat dan sedia dinikmati.

INFO CHEF : Kerisik membuatkan masakan ini lebih pekat dan wangi kelapa yang disangai.

 

 

15. PERUT MUDA KERISIK AIR ASAM

perut-mudah-kerisik-air-asam

BAHAN-BAHAN:

  • 300gm perut muda | direbus sehingga lembut dan potong kecil (2 inci)
  • 1 biji bawang besar | potong dadu
  • 1 biji limau nipis | perah air
  • 5 biji cili padi | dipotong kecil
  • 1 biji buah tomato | potong dadu
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 helai daun limau purut | dihiris
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit air suam
  • Garam dan gula secukup rasa

 

CARA MEMASAK:

  1. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk besar kecuali perut. Gaul sebati.
  2. Akhir sekali perasakan garam, asam jawa dan gula secukup rasa.
  3. Masukkan perut yang telah direbus terlebih dahulu. Gaul sebati. Sedia dinikmati.

INFO CHEF : Boleh tambah lebih potongan cili padi jika mahu lebih pedas.

 
Sumber:
– Rasa.my
– Masak Apa Hari Ni