2 Hari Lagi! Tombiruo & Wan Suraya Bakal Menyerang Pawagam Berhampiran Anda. Jaga-Jaga Ya. Pasti Ramai Yang Diet Minum Air Masak Je Lepas Ni.

Posted on

2 Hari Lagi! Tombiruo & Wan Suraya Bakal Menyerang Pawagam Berhampiran Anda. Jaga-Jaga Ya. Pasti Ramai Yang Diet Minum Air Masak Je Lepas Ni.

Bagi para peminat novelis thriller terkemuka Malaysia, Ramlee Awang Murshid, pastinya sudah tidak sabar untuk menonton Tombiruo: Penunggu Rimba yang akan menemui penonton pada 12 Oktober ini. Bakal ditayangkan di pawagam-pawagam di seluruh Malaysia, filem ini diterajui oleh Zul Ariffin selaku pelakon utama dan dibarisi pelakon-pelakon hebat lain seperti Farid Kamil, Nabila Huda, Faizal Hussein, Datuk M Nasir, Dynas Mokhtar dan ramai lagi.

Filem terbitan Astro Shaw, Grup Buku Karangkraf, Ideate Media dan Layar Sunan ini perlu anda tonton kerana ia pastinya berbeza dari filem-filem yang pernah anda saksikan sebelum ini. Lokasi penggambaran yang boleh dikatakan hampir keseluruhan dilakukan di kawasan hutan, menggunakan teknik sinematografi terbaik dan dipenuhi lakon aksi yang mendebarkan menjadikan filem ini antara filem terhebat bagi tahun ini.

Lihat sahaja teasernya sudah cukup membuatkan anda mengakui kehebatan jalan cerita serta ‘excitement’ yang bakal anda rasai. Tombiruo: Penunggu Rimba adalah berkisarkan kisah dendam Ejim ( Zul Ariffin) di atas kematian ayahnya, Pondolou. Misinya adalah untuk mencari pembunuh Pondolou, namun diganggu oleh Amiruddin ( lakonan Farid Kamil ) yang memburunya untuk menuntut bela di atas kematian isteri tercinta, Salina.

Sementara itu, samseng diupah supaya memusnahkan Tombiruo kerana beranggapan Tombiruo menghalang misi peribadi mereka untuk mengaut keuntungan. Dalam kekacauan ini, wujud pula seorang wartawan wanita, Wan Suraya ( lakonan Nabila Huda) yang begitu nekad untuk mencari kebenaran di sebalik kejadian yang berlaku.

Pengembaraan Tombiruo yang penuh aksi dan bahaya ini membawa pelbagai mesej untuk dihadam oleh penonton. Ia sarat dengan mesej tentang erti persaudaraan, kekeluargaan dan cinta sekaligus memberi nilai murni yang boleh dicontohi.