3 Resepi Lasagna Yang Paling Simple, Lazat dan Mudah! Langkah demi langkah

Posted on

Resepi mudah untuk buat lasagna roti gardenia, lasagna coklat oreo dan lasagna ayam cheese. Resepi lasagna yang sedap dan lazat ini juga mudah untuk diikuti kerana ada cara-cara langkah demi langkah.

Lasagna ni kesukaan anak bujang saya yang cerewet bab makan tu. Kalau lasagna, dia memang akan request saya buat sendiri sebab dia nak makan. Dia boleh habiskan sorang2 kerana dia sangat senang. Demi kasih kepada anak. Ate teman buat juger ler. Ini dia 3 resepi lasagna yang anak saya paling senang! Anda pun pasti akan terliur..

Resepi Lasagna Roti Gardenia

resepi lasagna roti gardenia sedap lazat simple lazat
Resepi oleh Nurul Ain Abdullah

Ini dia resepi lasagna guna roti gardenia yg ditunggu-tunggu. Pakar QC bagi 5 star out of 5 yayy! Tak sia2 percubaan saya adjust-adjust resepi lasagna simple ni tadi. Lasagna masak perfect dan cheese pun gojes tak hangus! Sebab hasilnya memang marvelous, maka macam biasa saya kongsi resepi dgn Kakak2 dan Aunty2 yg mintak resepi lasana langkah demi langkah ni tadi.

 

Baca juga
Resepi lasagna diet atkins

Bahan bahan lasagna roti gardenia
Roti gardenia
Cheese mozarella 1 peket
Tomato puri 1 tin
daging/ayam cincang cap ramly
Sayur campur
Hot dog
Lada capsicum
Bawang putih bwg besar (potong dadu)
Garam
Sos life

Cara membuat lasagna roti gardenia langkah demi langkah
resepi lasagna roti gardenia langkah demi langkah 01
1. Tumis bawang merah dan putih
resepi lasagna roti gardenia langkah demi langkah 02
2. Masukkan sayur campur
resepi lasagna roti gardenia langkah demi langkah 03
3. Tumiskan ayam cincang dan hot dog
resepi lasagna roti gardenia langkah demi langkah 04
4. Masukkan tomato puri. Kacau rata. Letak garam. Masak sampai kering. Minyak jangan banyak sangat tau. Angkat letak dalam mangkuk.
resepi lasagna roti gardenia langkah demi langkah 05
5. Siapkan roti gardenia ni utk salut bahan yg kita masak tadi.
resepi lasagna roti gardenia langkah demi langkah 06
6. Telur kacau hancur utk salutkan roti dgn telur
resepi lasagna roti gardenia langkah demi langkah 07
7. Salut roti dgn telur. Buat lapisan macam dalam gambar.
resepi lasagna roti gardenia langkah demi langkah 08
8. Letakkan bahan-bahan yang kita masak tadi ratakan macam dalam gambar.
resepi lasagna roti gardenia langkah demi langkah 09
9. Taburkan cheese. Kalau suka byk cheese letak la banyak-banyak
resepi lasagna roti gardenia langkah demi langkah 10
10. Tambahkan sos life
resepi lasagna roti gardenia langkah demi langkah 11
11. Ulang dar step lima sampai layer yg paling atas. Saya buat 3 lapis roti gardenia : lapisan bawah, tengah dan atas.
resepi lasagna roti gardenia langkah demi langkah 12
12. Bakar pada suhu 160 masa 40 minit.