5 Resepi Biskut Hari Raya Aidilfitri 2018 ala Chef Wan Terkini

Posted on

Aneka Resepi Biskut Hari Raya AidilFitri Ala Chef Wan – Ketika kita sudah mencapai akhir bulan ramadhan 2018, kita akan sibuk untuk mempersiapkan biskut hidangan hari raya aidilfitri. Meskipun banyak orang yang memilih untuk membeli biskut di toko, biskut buatan sendiri tentu akan lebih spesial. Namun, tidak semua orang bisa memasak biskut raya. Jika Anda ingin belajar memasak sendiri biskut untuk aidilfitri, Anda bisa mencoba resepi aneka biskut dari Chef Wan, seorang celebrity Chef yang sering tampil di acara Asian Food Channel.

1. Resepi Biskut Nastar / Tart Nenas Gulung Cheese Aidilfitri
Resepi Biskut Nastar Tart Nenas Gulung Cheese Aidilfitri Terkini
Bahan Biskut Nastar

100 gram margerin
150 gram butter
3 biji kuning telur
1/2 sudu teh vanila
50 gr gula halus
1/2 butir putih telur
100 gr cheese parut
300 gr tepung terigu, diayak
1 sudu makan tepung jagung, diayak
1 sudu makan susu tepung
1/2 sudu makan kuning telur

Bahan polesan

3 biji kuning telur,
1 biji telur
1 sudu makan butter cair, kocok lepas

Bahan Jem Nenas
1 buah nenas, buang tulang tengahnya dan matanya, setelah itu diblender dan masak hingga kering.
Masukkan 75 gr gula pasir, ulas dan kayu manis dan butter 1 sudu besar. dan Masak hingga kering.

Cara membuat Nastar / Tart Nenas gulung

Pukul margerin kemudian butter, vanila dan gula halus hingga lembut selepas itu masukkan telur kocok selama 2 minit.
Masukkan cheese parut, kemudian tepung gandum, jagung, susu tepung dan kuning telur, aduk rata.
Cetak dengan spuit yang bergigi memanjang lalu letakkan nanas dan gulung.
Poles biskut nastar dengan polesan. pindahkan ke dalam loyang datar.
Masukkan kue nastar ke dalam oven kek dengan panas 165 darjah sampai matang.

2. Resepi Biskut Almond London Rangup Untuk Hari Raya Ala Chef Wan

Resepi Biskut Almond London Rangup Untuk Hari Raya Ala Chef Wan
BISKUT ALMOND LONDON
Bahan-bahan
125gm mentega
75gm gula aising
1 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
225gm tepung gandum*
1 sudu teh emplex*(*disatukan dan diayak)
335gm badam berkulit, digoreng hingga kuning keemasan, toskan atas paper towel

Bahan-bahan lain
300gm coklat masakan
1/2 camca besar lemak sayur
Badam cincang secukupnya, disangai hingga kuning keemasan
Paper cup saiz kecil secukupnya

Cara membuatnya:

1. Satukan mentega dan gula aising, kacau hingga sebati, masukkan kuning telur dan esen vanilla, dan kacau lagi hingga berkrim.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga adunan menjadi doh yang lembut. Tutup doh dengan tuala lembap. Ambil sedikit doh, lebih kurang 3/4 sudu teh dan salutkan doh tadi pada sebiji badam. Buat hingga habis.
3. Bakar dalam oven pada suhu 150C selama 10 – 12 minit. Sejukkan atas jaringan.
4.  Cairkan coklat secara double boiler (meletak mangkuk tahan panas berisi coklat masakan di atas periuk air mendidih). Bila coklat cair, masukkan lemak sayur dan kacau rata.
5. Ambil sebiji biskut yang tadi, masukkan dalam paper cup dan sudukan coklat masakan hingga memenuhi biskut. Tabur sedikit badam cincang dan susun dalam bekas. Buat seterusnya dan susun rapat-rapat antara satu sama lain, tujuannya untuk menjadikan biskut sedikit bujur bila coklat mula membeku nanti. Buat hingga habis dan biar coklat betul-betul beku, baru simpan dalam bekas kedap udara.

3. Resepi Biskut Raya Red Pearl Cookies Sedap Untuk aidilFitri
Resepi Biskut Red Pearl Cookies Sedap Chef Wan
150gm butter
150gm tepung gandum
75gm gula halus atau gula kastor
60gm cornflakes
50gm coklat cip
25gm almond nibs
1st esen vanila
ceri merah ~ dihiris halus dan memanjang

Cara Membuatnya:
Resepi Biskut Red Pearl Cookies Sedap Untuk aidilFitri
1. Mula-mula kita satukan butter dan gula.
2. Dengan menggunakan senduk kayu sahaja gaul hingga gula dan butter sebati dan sekata. Tak payah pukul sampai kembang ya cukup sekadar ia sebati, sebab jika terlebih pukul biskut kita akan kembang dan leper selepas di bakar nanti.
3. Masukkan tepung dan gaul rata
4. Masukkan cornflakes, badam, cip coklat dan esen vanilla, kemudia gaul rata
5. Sudukan atas dulang pembakar
6. Buah ceri pula di potong memanjang atau dadu
7. Letakkan hirisan ceri atas adunan tadi
8. Bakar dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit terlebih dahulu dengan suhu 170C
9. Bakar biskut selama 20 ~ 25 minit bergantung pada kepanasan suhu oven masing-masing
10. Angkat dan sejukkan sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

4. Resepi Biskut Sinar AidilFitri Ala Chef Wan
Resepi Biskut Sinar AidilFitri Ala Chef Wan
Bahan-bahan
180 gram Mentega
150 gram gula pasir
2 biji kuning telur
2 sudu besar susu
320 gram tepung gandung serbaguna, diayak
Secubit garam
1 sudu teh Esen Vanila
Jem Rasberi secukupnya

Cara membuatnya:
1. Putarkan mentega, gula, kuning telur dan susu sehingga berkrim. Masukkan tepung, garam dan vanila, dan sebatikan. Uli perlahan-lahan dengan tangan bertepung sehingga menjadi doh lembut, kemudian sejukkan selama 30 minit.

2. Bahagikan doh kepada dua bahagian. Taburkan sedikit tepung dan gelek di antara dua keping di atas kertas pembakar sehingga setebal 1/8 inci.

3. Potong bulatan 2¼ inci dengan acuan biskut. Ambil separuh daripada bulatan itu dan potong bulatan lebih kecil di tengah supaya membentuk gelung. Bakar bulatan-bulatan yang besar serta gelung pada suhu 170°C selama 10–15 minit sehingga keemasan. Sejukkan.

4. Taburkan gelung-gelung dengan gula aising. Sapukan jem .

5. Resepi Biskut Coklat Chips Hari Raya Chef Wan
Resepi Biskut Raya Coklat Chips Chef Wan
Bahan-bahannya:
1 cawan butter (unsalted)
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan gula kastor
1/2 cawan mampat gula perang
1 biji telur
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu segar
1 3/4 cawan tepung gandum
1/4 s/t baking soda
1 cawan coklat chips
1 cawan kacang pecan atau walnut

Cara-caranya:

1. Guna mixer, putarkan mentega/mergerin pada kelajuan tinggi, campurkan esen vanilla dan kedua-dua jenis gula, putar hingga gebu, masukkan telur kemudian kurangkan kepada kelajuan rendah.Masukkan serbuk koko sambil diputar dan diikuti dengan susu.
2. Didalam mangkuk yang lain, gaulkan tepung bersama baking soda sehingga rata menggunakan senduk kayu. Masukkan coklat chip kedalam adunan tepung tadi.
3. Masukkan adunan kering tadi ke dalam batter tadi dan gaulkan (guna spatula or senduk kayu tadi pun boleh) sehingga adunan rata dan menjadi doh yang lembut.
4. Bulat-bulatkan adunan dengan sudu teh dan aturkan diatas dulang pembakar.
5. Bakar pada suhu 175C selama 12-13 minit mengikut jenis oven masing-masing.
6. Sejukkan dahulu barulah disimpan didalam bekas kedap udara.

Dari 5 macam biskuit untuk hari raya aidilfitri di atas, biskuit manakah yang paling kamu suka? Trylah kalau korang memang suka makan biskut! Kalau sudah try, jom kongsi resepi mudah dan sedap ini!