5 Resepi Makanan Barat Ala Chef Wan Sedap Sangat!

Posted on

resepi makanan barat ala chef wanMakanan barat merupakan istilah am yang merujuk kepada makanan Eropah dan dunia barat yang lain seperti Amerika Utara dan Amerika Latin. Istilah makanan barat digunakan oleh masyarakat melayu untuk membezakan gaya memasak asia, seperti masyarakat barat memanggil makanan asia timur sebagai makanan asia. Makanan barat kadang kala dirujuk sebagai makanan kontinental, atau kadang kala dirujuk lebih terperinci mengikuti negara tempat makanan itu berasal, seperti makanan perancis, atau makanan italia.

Makanan barat mempunyai perbezaan yang tersendiri berbanding dengan makanan asia. Hal ini dapat dilihat dari ciri-ciri daging, penggunaan sos sebagai bahan perasa, serta roti dan pasta yang menjadi sumber kanji utama dalam makanan. Kali ini, foodaddict.me akan berkongsi resepi makanan khas barat ala chef wan, antara lain lasagna daging, potato wedges dengan peanut butter sauce, Steak daging black pepper ala Chef Wan, spaghetti aglio olio, dan makaroni bakar.

1. Resepi Makanan Barat Lasagna Daging Ala Chef Wan
Resepi Makanan Barat Lasagna Daging Ala Chef Wan
Bahannya:

6 keping lasagna segera(instant lasagna)

Bahan inti:

400 g daging kisar ( Uj guna daging burger ramli)
200 g keju mozarela
2 bj tomato dipotong dadu
1/2 btg lobak merah
1 ulas bwg putih dicincang
1/2 bj bwg besar didadu
1/2 cwn pes tomato ( uj guna sos spegeti traditional prego)
1/2 cwn sos cili
sedikit air
sedikit serbuk oregano
garam dan gula
sedikit myk utk menumis

Bahan sos keju:

20 g mentega
2 sdu bsr tepung gandum
240 g susu segar kotak
50 g keju mozarela @ cheddar( Uj guna kej kraft singles 2 keping)
Sedikit garam dan serbuk kada sulah.

Cara membuat: