5 Resepi Nasi Goreng Periuk Noxxa Paling Sedap dan Lazat

Posted on

Resepi nasi goreng periuk noxxa ini sangat mudah dan simple. Saya tidak ingin promosi periuk noxxa. Namun, nasi goreng yang dibuat dengan mudah ini mempunyai aroma yang membuat air liur menitis terus-menerus. Periuk noxxa ini sangat memudahkan para ibu bekerja dalam memasak kerana sangat menjimatkan masa. Jomlah simak koleksi resepi nasi goreng periuk noxxa yang sedap dan lazat ini. Resepi ini sangat mudah kerana menggunakan sukatan cawan

NASI GORENG IKAN MASIN PERIUK NOXXA SUKATAN CAWAN

resepi nasi goreng ikan masin periuk noxxa
Bahan untuk masak nasi goreng ikan masin
2 cawan beras – cuci dn ketepikan
3 cawan air – tertakluk pada jenis beras
1 kpg ikan tenggiri masin atau ikan jeruk atau kurau- siat2 atau hiris nipis.
5 biji bawang merah – dikisar
3 ulas bawang putih – dikisar
10 biji cili padi – diketuk
2 sdb sos tiram
1 sdb sos ikan atau guna jer pati ikan bilis tu
2 butir telor
1/2 batang lobak merah – dihiris
Sayur sawi – dipotong
Daun sup dan daun secukupnya utk hiasan
Cili merah secukupnya – hiris utk hiasan

Cara-cara masak nasi goreng ikan masin periuk noxxa
1. Dadarkan telor dahulu dan ketepikn.
2. Nyalakan mode SF lalu panaskan minyak, tumis bawang merah dan bawang putih kemudian masuk cili padi. Gaul rata.
3. Masukkan ikan masin lalu gaul rata.
4. Masukkn sos tiram dan sos ikan.
5. Masukkan air. Matikan mode SF.
6. Masukkan beras dan tutup piyok. Tekan HP3 minit.
7. Bila habis masa, off button dan biar dlm 5 minit. Pasti bebas tekanan.
8. Nyalakan mode SF semula dan masukkn sayuran kemudian kacau rata dalam 2 minit.
9. Nasi goreng ikan masin siap utk dihidangkan atas lapisan telor dadar tadi dan hias dgn daun bawang, sup serta cili hiris.

NASI GORENG SOTONG PERIUK NOXXA SUKATAN CAWAN

resepi masak nasi goreng sotong periuk noxxa mudah simple cepat
Bahan
2 cawan beras
3 cawan air
6 batang Kacang buncis – hiris halus
1 biji telur – pukul sikit
4 ekor sotong – potong cincin
2 batang jejari ketam – dadu
1 keping meat loaf – carik kecil
1 biji bawang besar – hiris
2 ulas bawang putih – cincang
1/4 biji red capsicum – dadu
1 sdb cili kisar
1 kiub ikan bilis
1 sudu teh sos tiram
Hirisan cili padi, daun bawang dan bawang goreng secukupnya untuk hiasan

Cara masak nasi goreng sotong periuk noxxa:
1. Nyalakan mode SF. Panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih dn cili kisar hingga garing.
2. Masukkan sos tiram dan kiub ikan bilis. Pastu masuk sayur buncis, capsicum,sotong, jejari ketam, meat loaf ayam kemudian gaul rata.
3. Pukul manja telur dan masukkn dalam inner , biar sekejap dan letak air. Matikan mode SF.
4. Masukkn beras kemudian tekan HP3 minit.
5. Nyalakan mode SF lagi jika masih kurang kering
6. Nasi goreng sotong siap hidang. Tabur bahan hiasan.

NASI GORENG KAMPUNG UDANG PERIUK NOXXA SUKATAN CAWAN

resepi masak nasi goreng kampung udang simple mudah ringkas memikat
2 cawan beras
3 cawan air
10 ekor udang
1 sdb udang kering – rendam kejap dan tumbuk
10 biji cili padi – tumbuk
1 biji bawang merah – tumbuk
2 biji bawang merah – hiris
6 btg kacang buncis- potong
1 biji telur – pukul manja
1 sdb sos tiram
1 kiub pati ikan bilis
Iksn bilis yg digoreng dan ayam goreng dipotong.
Sedikit lada sulah

Cara:

1. Nyalakan mode SF. Masukkan minyak, tumis dan bawang nerah hiris. Panaskan hingga layu. Kemudian, masukkan bahan tumbuk dan tumis hingga harum.
2. Masukkan kiub ikan bilis dan sos tiram. Kemudian, kacau sebati dan masukkan telur, udang dan sayur. Gaul rata.
3. Masukkan air dan matikan mode SF.
4. Masukkan beras dan tekan hp3 minit.
5. Nyalakan SF semula dan masukkn ikan bilis goreng, ayam dan lada sulah.
6. Nasi goreng kampung siap dihidangkan

NASI GORENG KANTAN PERIUK NOXXA SUKATAN CAWAN

resepi nasi goreng kantan mudah sedap lazat memikat
2 cawan beras
3 cawan air
Bahan kisar:
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
5 biji cili padi
1 btg serai
Sedikit Belacan
Sedikit ikan bilis
Bunga kantan – hiris
1 kiub ikan bilis

Cara:

1. Nyalakan periuk noxxa mode SF. Masukkan minyak kemudian tumis bahan kisar hingga wangi.
2. Masukkan air dn kiub ikan bilis. Matikan mode SF
3. Masukkan beras kemudian hp3 minit.
4. Nyalakan mode SF balik dan masukn hirisan kantan.
5. Nasi goreng kantan siap dihidangkan

NASI GORENG BELACAN PERIUK NOXXA SUKATAN CAWAN

nasi goreng belacan masak peruk noxxa simple mudah cepat
Bahan
2 cawan beras
3 cawan air
Sedikit isi ayam
Sayur sawi

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 biji cili padi
1 in belacan
2 sdb ikan bilis

Cara:
1. Nyalakan periuk noxxa dengan mode SF. Masukkan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
2. Masukkn ayam kemudian gaul sekejap
3. Masukkn air kemudian matikan mode SF.
4. Masukkn beras dan tekan hp3 minit.
5. Nyalakan mode SF balik. Masukkan sayur sawi dan perasa garam.
6. Nasi goreng belacan siap dihidangkan