6 Cara Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi & Boleh Tahan Sampai 2 Hari

Posted on

6 Cara Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi & Boleh Tahan Sampai 2 Hari

Nasi yang cepat basi memang menyakitkan hati lebih-lebih lagi jika lebihan nasi yang ada dalam periuk masih banyak. Maklumlah, kadang-kadang kita pun terlupa nak simpan lebihan nasi tersebut dalam peti sejuk.

Dengan 6 petua di bawah ini, ia dapat membantu anda dalam mengatasi masalah ini. Selamat mencuba!

6 PETUA MASAK NASI SUPAYA LAMBAT BASI

1. BASUH HINGGA BERSIH

foto: craigsantosperez.wordpress.com

 

Ada yang berpesan elakkan basuh nasi banyak kali kerana risau semua nutrisi akan keluar. Walaubagaimanapun, jika beras hanya dicuci sekali, ia berpotensi menjadikan nasi yang dimasak menjadi cepat basi. Sebaiknya, apa yang anda boleh lakukan adalah mencucinya dengan betul dan pastikan air bilasan beras betul-betul keluar sebelum mencuci kali lagi buat kali kedua atau ketiga.

Anda juga boleh cuba membuat bilasan terakhir dan memasak nasi menggunakan air yang bertapis.

2. PERIUK DICUCI BERSIH

foto: instantpot.com

Salah satu lagi penyebab masalah nasi cepat basi adalah kerana adanya kotoran atau nasi yang masih melekat pada periuk yang digunakan. Jika diperiksa dengan teliti pada bahagian dalamannya, mungkin terdapat bahagian yang dikotori dengan karat atau kesan wap nasi. Ini boleh menjejaskan fungsi periuk dan juga kualiti nasi anda. Oleh itu, pastikan anda mencuci periuk nasi dengan bersih setiap kali selesai menggunakannya.

3. JUS LIMAU NIPIS

Sebelum nasi dimasak, perahkan setengah biji limau nipis ke dalam 2-3 pot beras yang dah disukat dengan air. Jangan khuatir, rasa nasi tidak akan berubah meskipun ia telah ditambah dengan perahan limau ini. Malah, ia menjadikan nasi lebih harum dan tahan lama kerana keasidannya.