6 Cara Masak Nasi Supaya Tak Cepat Basi & Boleh Tahan Sampai 2 Hari

Posted on

4. LAP WAP NASI SELEPAS DIMASAK

foto: demandstudios.com

Apabila nasi dimasak dengan periuk nasi elektrik, buka penutup periuk. Gemburkan nasi supaya ia masak secara rata dan biarkan wap yang terkumpul keluar daripada periuk. Dengan cara ini, nasi tidak akan menjadi lembab. Sebelum menutup semula nasi tadi, lapkan penutupnya dengan kain bersih. Ia akan menjadikan nasi tahan lama, lembut dan berderai dengan elok.

5. TAMBAH GARAM

foto: broomwithaview.com

Selepas mencuci beras dan menyukat air, masukkan secubit garam ke dalam periuk. Tujuan memasukkan garam adalah supaya nasi yang masak lebih tahan lama. Malah ia juga menjadikan nasi menjadi lebih sedap dan kenyal.

6. PANASKAN PERIUK NASI ATAS DAPUR

foto: Suaida Salehudi

Jika anda terlupa dan nasi basi di dalam periuk, lakukan cara ini. Telingkupkan periuk nasi atas dapur, kemudian nyalakan api. Tindakan ini dapat membunuh semua bakteria yang masih tinggal sekaligus menjadikan nasi yang dimasak tahan lebih lama.

Petua ini adalah perkongsian dari Puan Suaida Salehudin. Tambahnya lagi, petua masak nasi turun-temurun ini memang berkesan dan nasi yang dimasak takkan basi walaupun dah 2 hari.

Selamat mencuba!

Source:Rasa.my