Bingung Cari Resepi Untuk Berbuka Puasa? Cuba Masak 5 Resepi Mudah ini Bersama Anak-Anak!

Posted on

Resepi Untuk Berbuka Puasa Yang Mudah
resepi untuk berbuka puasa yang mudah
Jika anda adalah salah satu dari orang-orang yang menginginkan dapur harus tetap bersih, anda harus menutup laman ini sekarang. Namun, jika anda ingin melatih anak-anak masak, saya akan berkongsi beberapa resepi mudah untuk berbuka puasa yang dapat anda masak bersama anak-anak.

Pada masa masak bersama anak-anak, anda akan menemui meja yang ditaburi tepung, sayur-sayuran yang tersebar dan berserakan di lantai. Anda pun akan sering mendengar anak-anak anda terus bertanya, “Apakah sudah masa untuk berbuka puasa?”

Jika anda cukup tangguh untuk menghadapi keadaan seperti itu, mengapa tidak anda ajak anak-anak untuk membantu menyiapkan masakan untuk berbuka puasa? Menyiapkan masakan untuk berbuka puasa di rumah akan memastikan pemakanan yang seimbang untuk anak-anak. Dapur adalah tempat yang sesuai untuk mengajar anak-anak tentang manfaat berpuasa. Mari cuba buat resepi untuk berbuka puasa yang mudah ini bersama anak-anak!
[nextpage title=”Resepi Banana Strawberry Smoothie Sedap Untuk Berbuka”]
1. Resepi Banana Strawberry Smoothie Sedap Untuk Berbuka!
resepi banana strawbery smoothies untuk berbuka puasa
Bahan
1 buah pisang matang
1 cawan strawberry
1 cawan susu
1 cawan yoghurt

Cara
Potong pisang dan strawberi menjadi potongan kecil
Campurkan semua bahan ke dalam blender lalu blend hingga halus

Anda boleh cuba membuat perubahan smoothies yang lain dengan menggabungkan buah-buahan atau sayur-sayuran pilihan anda.
[nextpage title=”Resepi Meatball Kambing Lazat Dalam Roti Pita Untuk Berbuka Puasa”]
2. Resepi Meatball Kambing Lazat Dalam Roti Pita Untuk Berbuka Puasa
resepi meatball kambing roti pita untuk berbuka puasa

Mengajak anak-anak masak meatball akan membuat mereka merasa seperti bermain. Anak-anak suka kegiatan menggulung doh menjadi bola. Mereka pasti suka saat membantu anda masak meatball daging kambing ini.

Bahan meatball kambing:

500 gram daging kambing cincang
1 sendok makan daun bawangcincang
¼ sudu teh lada hitam
1 sudu makan sos tomato
¼ sdt garam

Untuk hiasan salad:

½ cawan hirisan timun
1 sudu besar daun pudina dicincang
1 sudu besar bawang merah dicincang
½ cawan yoghurt
2 tomato matang
½ bawang merah
1 sudu besar daun parsli dicincang
sepotong lemon
1 sudu kecil minyak zaitun
garam secukup rasa

6 potong roti pita

Cara-cara:

Letakkan semua bahan meatball kambing dalam mangkuk dan kacau dengan tangan bersama anak-anak anda
Bentuk adunan menjadi bola dengan bantuan sudu besar. Letakkan bola daging ke baking tray dan dimasukkan ke dalam peti sejuk selama sekurang-kurangnya setengah jam
Panaskan ketuhar hingga 190 darjah Celsius
Sementara itu, siapkan hiasan salad
Campur semua bahan hiasan salad dalam mangkuk.
Masukkan bola daging yang ada di baking tray ke dalam oven. Bakar selama 10 minit. Balik adunan kemudian bakar lagi selama 10 minit.
Sementara menunggu bola daging masak, siapkan salad sayur-sayuran
Letakkan semua bahan salad dalam mangkuk. Tuangkan jus lemon dan minyak zaitun di atas sayur-sayuran. Kacau rata dan sejukkan dalam peti ais.
Masukkan roti pita ke dalam pembakar roti
Apabila roti siap, buka saku pita dan masukkan salad sayur-sayuran ke dalam pita, bersama-sama dengan 3 atau 4 bola daging. Hias dengan timun dan daun pudina. Sajikan meatball kambing ini hangat untuk berbuka puasa.
[nextpage title=”Resepi Sayap Ayam Panggang Untuk Berbuka Puasa”]
3. Resepi Sayap Ayam Panggang
resepi sayap ayam panggang untuk berbuka puasa

Sambil menunggu waktu berbuka puasa, anda boleh mengajak anak-anak untuk mencampurkan sayap ayam dan rempah perap

Bahan
8 Sayap ayam

Bahan perap
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil bawang putih serbuk
1 sudu kecil ketumbar
1 sudu kecil minyak zaitun
lada secukup rasa

Cara-cara masak sayap ayam panggang
Cuci sayap ayam lalu toskan air
Campurkan semua bahan perap untuk membuat perapan
Campurkan bahan perapan ini dan sayap ayam, lalu ketepikan ke dalam peti ais sekurang-kurangnya 1 jam
Panaskan ketuhar hingga 180 darjah celcius
Bakar sayap ayam selama 20 minit
Putar sayap ayam, lalu masak lagi selama 20 minit atau hingga perang keemasan
Sajikan sayap ayam panggang ini hangat-hangat dengan sos cili atau mayonis.
[nextpage title=”Resepi Tulang Rusuk Lembu Bakar Blackpepper Untuk Berbuka Puasa”]
4. Resepi Tulang Rusuk Lembu Bakar Blackpepper

resepi tulang rusuk lembu bakar blackpepper untuk berbuka puasa

Sama seperti saat memasak sayap ayam panggang. Anda dapat mengajak anak-anak Anda mencampur tulang rusuk lembu dan bumbu perapan sambil menunggu waktu berbuka puasa.

Bahan
1 kg tulang rusuk lembu

Bahan perap
1/2 sudu kecil lada hitam (blackpepper)
1 sudu kecil serbuk mustard
1 sudu kecil serbuk bawang putih atau 1 ulas bawang putih dicincang kasar

Cara
Campur semua bahan perap
Sapukan bumbu perap di tulang rusuk lembu. Perap selama sekurang-kurangnya 1 jam.
Panaskan ketuhar hingga 200 darjah celcius
Bungkus tulang rusuk dengan aluminium foil lalu bakar selama 20 minit
Keluarkan tulang rusuk dari foil. Lalu, bakar tulang rusuk dengan suhu 190 darjah selama 20 minit
Tulang rusuk lembu bakar bumbu blackpepper siap disajikan untuk menu berbuka puasa
[nextpage title=”Resepi Perap Daging Kambing Panggang Untuk Berbuka Puasa”]
5. Resepi Perap Daging Kambing Panggang Untuk Berbuka Puasa
Resepi Perap Daging Kambing Panggang Untuk Berbuka Puasa

Di rumah, Anda boleh masak daging kambing panggang yang sangat mudah dan lazat. Hidangan nasi pedas menjadikan iringan yang baik. Anda boleh mengajak anak-anak mencampur tepung, paprika, bawang putih cincang dan rosemary untuk menjadi bumbu perap.

Bahan
1 1/2 kg daging kambing

Bahan perap
1 sudu besar rosemary segar, cincang halus
1 sudu besar daun pudina, cincang halus
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil cili merah
1 sudu besar bawang putih, cincang halus
1 sudu besar bawan, cincang halus
air secukupnya untuk membuat pes

Cara-cara masak daging kambing panggang bumbu perap
– Campurkan semua bahan perap hingga menjadi pes
– Ajak anak-anak untuk mencampur pes ke seluruh daging kambing
– Panaskan ketuhar hingga 220 darjah
– Panggang daging kambing sekitar 20 minit
– Setelah 20 minit, kurangkan suhu ketuhar kepada 190 darjah celcius. Panggang daging kambing selama 60 minit.
– Sajikan daging kambing panggang bersama sayur-sayuran

Berbuka puasa tidak akan lengkap tanpa pencuci mulut. Jom cuba cara buat resepi dessert untuk berbuka puasa yang mudah ini bersama anak-anak!