Hanya tambah beberapa bahan, resepi telur dadar anda menjadi hidangan sarapan pagi yang sihat dan lengkap!

Posted on

Hanya tambah beberapa bahan, resepi telur dadar anda menjadi hidangan sarapan pagi yang sihat dan lengkap!

Anda sudah bosan dengan hidangan telur dadar yang biasa di rumah? Mari mencuba resepi telur dadar yang ringkas ini dengan menambah beberapa bahan yang menyihatkan.

Berikut adalah bahan-bahannya:

3 biji telur.

1 biji tomato.

1 helai daun bawang.

1 batang sosej ayam bersaiz kecil.

Sedikit garam dan lada sulah.

Sedikit mentega atau marjerin.

Peralatan memasak:

1.Kuali tanpa lekat dan sudip.

2.Mangkuk.

3.Pisau dan garfu.

Cara-cara memasak:

1. Potong dadu dengan kecil tomato, daun bawang dan sosej ayam. Anda boleh goreng seketika atau dibiarkan mentah bahan-bahan ini dan asingkan.

2. Ambil mangkuk. Pecahkan telur dan pukul dengan garfu sehingga kembang. Tambah sedikit garam dan lada sulah. Sedikit sahaja dengan secukup rasa. Pukul adunan sehingga sebati.

3. Ambil kuali tanpa leka dan panaskan dengan api yang sederhana.

4. Pastikan kuali itu panas. Kemudian kecilkan api dan letakkan sedikit mentega atau marjerin.

5. Ambil adunan telur dan tuang ke dalam kuali dari bahagian tengah dan pastikan ia rata memenuhi kuali.

6. Biarkan adunan telur masak seketika dengan api yang kecil sehingga bahagian bawah sedikit kekuningan.

7. Masukkan potongan tomato, daun bawang dan sosej tadi pada sebelah bahagian telur itu.

8. Ambil sudip dan lipatkan telur itu menjadi satu bahagian yang menutupi bahan-bahan di sebelah yang satu lagi. Pusingkan lipatan itu dan biarkan ia masak seketika.

9. Pastikan hidangan telur berwarna kekuningan atau sedikit keperangan. Tutup api dan pindahkan segera ke dalam pinggan.

10. Hidangan telur dadar sudah boleh dinikmati. Anda boleh menaburkan sedikit bahan-bahan yang telah digoreng tadi di atas telur dadar atau makan sahaja dengan sos cili atau tomato.

Cubalah resepi ringkas ini untuk sarapan pagi anda. Selamat mencuba!

Kredit foto: wiki how.com / foodnetwork.com /mygourmet connection.com.

Era Baru

 

  • 1
  • 2
  • 3

The post Hanya tambah beberapa bahan, resepi telur dadar anda menjadi hidangan sarapan pagi yang sihat dan lengkap! appeared first on Era Baru Malaysia.

Kredit:Penmerahpress