Jangan Buang Kulit Telur! Sebab Boleh Halang Tikus, Lipas & Semut Daripada Serang Dapur Anda

Posted on

Jangan Buang Kulit Telur! Sebab Boleh Halang Tikus, Lipas & Semut Daripada Serang Dapur Anda

Selalunya kalau masak telur mesti kita akan buang sahaja kulitnya tapi mesti tidak sangka yang kulit telur ada fungsinya. Gunakan kulit telur sebagai ‘racun selamat’ mengahalang serangga atau binatang kecil seperti tikus, lipas dan semut merayap mencari makanan di dalam dapur anda. Memang semua sedia maklum bahawa dapur adalah tempat kita menyimpan segala barang makanan.

 

Petua mudah ini dikongsi oleh saudari Abel Lione Karia melalui akaun facebook.

 

Syukur Alhamdulilah… hari ini saya nak berkongsi petua untuk halau segala benda merayap sekitar rumah hanya menggunakn kulit telur.. kita banyak gunakan telur kan?? tapi terus buang kulitnya. ok sekarang jangan buang sebab ia sangat berguna untuk djadikan ubat halau benda yang menjadi perosak contohnya lipas, semut, lipan, anai-anai, tikus dan ular serta yangg sewaktu denganya. Saya sudah cuba buat Alhamdulilah semut dan lipas yang suka merayap di sekitar dapur sudah tak ada. Saya letak di setiap tepi rumah dan dalam laci kabinet dapur.

 

Yang penting petua ini tidak akan memudaratkan manusia kerana tidak ada mneggunakan bahan kimia.

 

CARA MUDAH MEMBUAT ‘RACUN SELAMAT’

1. Cuci bersih kulit telur yang sudah tidak digunakan. Selepas itu jemur sampai kering.

 

2. Kemudian kulit telur ditumbuk halus.

 

3. Simpan dalam botol untuk djadikan stok racun kepada perosak disekitar rumah nanti.

 

INFO: Hanya taburkan serbuk telur dikawasan yang menjadi laluan serangga atau binatang kecil.