Koleksi Resepi Masakan Tradisional Melayu Paling Sedap

Posted on

koleksi resepi masakan tradisional kaum melayu

Koleksi Resepi Masakan Tradisional Melayu Paling Sedap – Kini, masakan tradisional melayu semakin banyak peminatnya. Tidak hanya orang yang tinggal di malaysia dan sekitarnya seperti singapura, brunei, dan indonesia. Namun, banyak orang dari luar asia tenggara yang juga berminat untuk belajar resepi masakan tradisional melayu.

Masakan tradisional melayu memang sudah banyak diperjualbelikan di warung dan kedai. Biasanya, anda boleh mencari masakan-masakan asli melayu dengan mudah semasa menyambut hari perayaan. Ada berbagai macam masakan tradisional melayu yang sering disajikan semasa hari perayaan. Makanan utama kaum melayu terdiri dari ketupat, lemang, sate dan nasi impit. Makanan utama tersebut biasanya dimakan bersama lauk pauk tradisional seperti rendang, kari, atau serunding yang bahan utamanya berasal dari daging lembu, daging kambing, atau daging ayam. Lauk pauk tradisional melayu sangat terkenal dengan cita rasa yang didominasi oleh rempah ratus. Selain makanan utama dan lauk pauk, kaum melayu juga mempunyai pelbagai resepi kuih muih tradisional yang sedap seperti kuih bahulu, kuih apam, kuih lapis batik, dan roti jala.

Tabooprincess.com akan berkongsi 5 resepi masakan tradisional melayu yang paling terkenal iaitu resepi lemang, resepi serunding daging, kuih apam, kuih bahulu, dan roti jala.

1. Resepi Makanan Utama Melayu Lemang Periuk Kera
Resepi Makanan Utama Melayu Lemang Periuk Kera
Lemang periuk kera merupakan makanan utama kaum melayu yang sangat unik dan jarang didapati di kebanyakan kedai di malaysia. Masakan yang sedap ini sukar didapati mungkin karena bahan utamanya iaitu kelongsong periuk kera ini tumbuh melata di kawasan yang lembab dan kat tepi hutan.

BAHAN-BAHAN

20 bekas periuk kera.(kalau nak makan banyak,sila sediakan banyak-banyak).Bersihkan dengan membuang penutup dan bibirnya. (daun disekeliling muka periuk kera)
300g beras pulut. Basuh dan toskan.
1 liter santan
Garam secukup rasa untuk dicampur di dalam santan.(santan rasa lemak-lemak masin)
Gula kalau suka rasa manis pada pulut.