Kukus Kek Guna Periuk Nasi? Jom Cuba 10 Resepi Yang Boleh Menggunakan Periuk Nasi!

Posted on

Selalunya, periuk nasi hanya digunakan untuk memasak nasi sahaja. Jangan pelik kalau ada kawan Anda cakap, Jom masak kek coklat guna periuk nasi. Sebab, fungsi periuk nasi tidak terhad kepada satu sahaja. Ramai yang tidak mengetahui bahwa pelbagai resepi yang boleh dimasak dengan periuk nasi Anda itu. Pelbagai resepi sedap ini tidak melibatkan nasi langsung. Jom lihat resepi masakan sedap apa yang boleh Anda cuba di rumah menggunakan periuk nasi

1. Resepi Kek Coklat Kukus Guna Periuk Nasi

resepi kek coklat kukus sedap mudah guna periuk nasi
Anda jangan pelik sekiranya kek coklat kukus boleh dihasilkan dengan periuk nasi. Lepas ni, ramai la yang cuba resepi kek mudah dan sedap sukatan cawan ini.

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung
1/2 cawan gula
4 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil soda penaik
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil serbuk kayu manis
1/4 sudu kecil serbuk penaik ‘double-acting’
90ml minyak bunga matahari
1/2 sudu kecil ekstrak vanilla
1 sudu besar cuka
1 cawan air

Cara menyediakan kek coklat kukus guna periuk nasi:

Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda penaik, garam, serbuk kayu manis, serbuk penaik. Kacau sehingga sebati. Asingkan. Untuk adunan seterusnya, masukkan minyak, ekstrak vanilla, cuka dan air. Kacau sehingga sebati. Campurkan kedua-dua adunan kering dan basah, kacau sehingga lembut.

Sapukan mentega sebagai pelincir ke dalam periuk nasi. Tuangkan adunan dan masak untuk 60 minit. Periksa kek dalam masa 45 minit. Cucuk kek dengan lidi untuk memastikan kek telah masak.

Setelah kek masak, biarkan kek sejuk untuk 15 minit sebelum dikeluarkan dari periuk. Apabila sejuk, terbalikkan kek ke atas pinggan leper. Taburkan gula iasing ke atas kek.