Nampak Menyelerakan! Resepi Puding Kastard Buah Koktail Berkuah Susu Paling Mudah!

Posted on

Puding kastard buah koktail ini nampak menyelerakan sebagai hidangan pencuci mulut untuk makan petang bila cuaca panas seperti hari ni. Korang bayangkan, rasa yang lazat dari puding kastard, dicampur dengan kuah susu yang manis berlemak dan sejuk dingin dari buah-buahan koktail yang berwarna-warni nampak membuka selera dan membuat terliur. Adakah korang bersiap sedia menikmati puding kastard dengan kuah susu dan buah koktail? Jom cuba buat resepi puding kastard buah koktail yang super duper mudah ni. Cara-cara membuat puding kastard ni sangat simple dan langkah demi langkah, Anda pasti berpuas hati dengan hasil dan rasanya.
resepi puding kastard buah koktail berkuah susu bahan bahan

Bahan-bahan puding:
1 cawan tepung kastard
1 sudu besar tepung jagung
5 cawan air
2 sudu besar gula
1 biji telur

Bahan-bahan kuah susu:
1 tin susu cair
1 tin air
4 sudu besar gula
1/2 tin air dari buah koktail

Bahan hiasan
buah-buahan
sumi
nata de coco

Cara membuat puding kastard:
resepi puding kastard buah koktail berkuah susu 02
1. Campur semua bahan puding ke dalam periuk
2. Masak di atas api sederhana dan kacau sehingga menjadi pekat dan berkilat
3. Setelah pekat, tutup api kemudian tuang ke dalam bekas acuan ataupun loyang. Basahkan loyang terlebih dahulu supaya mudah untuk mengeluarkan puding itu nanti.
4. Letakkan di bawah kipas angin sebelum dimasukkan ke dalam peti sejuk.

Cara-cara membuat kuah susu
resepi puding kastard buah koktail berkuah susu 03

1. Masukkan susu cair dahulu ke dalam periuk, kemudian masukkan semua bahan untuk kuah yang lain.
2. Masak di atas api yang paling kecil. Kacau untuk melarutkan gula. Jangan biarkan mendidih.
3. Segera tutup api bila gula dah larut. Tunggu sebentar sehingga sejuk kemudian masukkan ke dalam peti sejuk.

Sejam kemudian, agak-agak bahan puding dah beku, campur puding dengan kuah susu dan hiasan. Puding kastard buah koktail dengan kuah susu siap dihidangkan! Tengok gambar puding kastard ni pun dah kecur air liur.
resepi puding kastard buah koktail berkuah susu 00

Selamat mencuba