Peminat Makanan Seafood!!! Ini Ada 5 Risipi Ringkas Tapi Sedap. Ada Udang, Sotong, Ketam, Lala & Kepah Untuk Dipilih.

Posted on

Peminat Makanan Seafood!!! Ini Ada 5 Risipi Ringkas Tapi Sedap. Ada Udang, Sotong, Ketam, Lala & Kepah Untuk Dipilih.

Pelbagai jenis seafood dengan rasa yang berbeza tetapi ringkas cara memasak. Sesuai juga untuk yang mahu buat aktiviti Shell Out dan yang pasti satu keluarga akan menggemarinya.

 

1. KEPAH MENTEGA BAWANG PUTIH

BAHAN-BAHAN:

  • 1kg kepah
  • 5 ulas bawang putih-cincang
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • Sedikit garam, gula dan lada sulah

 

CARA MEMASAK:

  1. Cairkan mentega dalam kuali, kemudian tumiskan bawang putih hingga keperangan.
  2. Masukkan kupang, gaul rata sehingga kulit kupang terbuka.
  3. Perasakan dengan sedikit garam, gula, lada sulah dan serbuk oregano.
  4. Angkat dan hidangkan.

 

INFO CHEF: Boleh juga jika dicampur dengan sedikit bayam hijau.

 

2. KETAM BERCILI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 ½ kg ketam- saiz besar
  • 3 sudu besar pes cili kering
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 4 ulas bawang putih –kisar
  • 2.5cm halia muda-kisar
  • 1 batang serai-kisar
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • ½ cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar sos cili
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan bawang besar, hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar, kacau seketika dan masukkan pula pes cili.
  3. Bila bahan tumisan pecah minyak, masukkan air asam Jawa.
  4. Apabila agak pekat, kecilkan api, perasakan dengan garam, gula, sos cili dan perasa secukupnya.
  5. Akhir sekali masukkan ketam, gaul rata dan tutup seketika.
  6. Bila cengkerang ketam bertukar kemerahan, angkat dan hidangkan.