Peminat Makanan Seafood!!! Ini Ada 5 Risipi Ringkas Tapi Sedap. Ada Udang, Sotong, Ketam, Lala & Kepah Untuk Dipilih.

Posted on

INFO CHEF: Jangan  goreng udang terlalu lama untuk rasa lebih manis dan mudah dibuang kulit.

 

5. SOTONG KICAP LADA HITAM

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg sotong saiz besar-celur seketika dan toskan
  • 2 sudu besar pes cili kering
  • 3 ulas bawang merah-kisar
  • 4 ulas bawang putih –kisar
  • 2.5cm halia muda-kisar
  • 1 batang serai-kisar
  • 1 biji bawang besar-cincang
  • 1 sudu kecil lada hitam  kisar kasar
  • Sedikit air asam jawa
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • Minyak untuk menumis

 

CARA MEMASAK:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar cincang hingga naik bau.
  2. Masukkan bahan kisar,kacau seketika masukkan pes cili.
  3. Tumis hingga pecah minyak, masukkan air asam, diikuti kicap pekat, sos lada hitam, sos tiram dan sos cili.
  4. Kacau rata dan masukkan sotong, kacaul lagi.
  5. Akhir sekali lengkapkan rasa dengan garam, gula, perasa dan serbuk lada hitam.
  6. Sedia dihidang.

 

INFO CHEF: Sotong dicelur angkat, untuk mengelakkan dari terlalu  berkuah dan keras.

 

ANDA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI:

Gulai Ikan Tenggiri Merah Menyala Memang Tergoda Nafsu Makan

Asam Pedas Berempah Ikan Tenggiri Kuah Tidak Terlalu Cair Atau Pekat Baru Mengancam Selera

Udang Masak Buttermilk Jadi Sedap Bila Cukup Lemak, Masin, Manis & Pedas. Hmmm… Memang Licin Pinggan Nanti

Resepi Kuah Pekat Udang Galah Masak Jintan Memang Terbaik

 

Source:Rasa.my