Resepi Apam Coklat Tanpa Telur Paling Simple! 1 Adunan Dapat 70 Biji, Bisa Untuk Berniaga!

Posted on

Apam coklat kukus sangat disukai anak-anak. Teringin nak buat apam kukus sendiri di rumah? Norsuzieyana Azira kongsikan resepi apam coklat tanpa telur yang lembap dan gebu, serta amat mudah disediakan. Bila ditengok, bahan-bahan untuk membuat apam coklat ni amat mudah dan kebanyakan dah ada di dapur. 1 Adunan bisa menghasilkan 70 biji apam coklat. Truly, walaupun apam coklat ini tanpa telur, namun hasilnya tetap jadi apam yang cantik dan gebus! Boleh untuk berniaga, pasti untung banyak. Boleh juga buat bekalan anak ke sekolah, pasti anak-anak menyukai apam coklat ni. Jomlah tengok resepi senang dan simple ni.

Bahan-bahan apam coklat
1 cawan minyak
1 cawan susu segar
1 cawan gula
1 1/4 cawan tepung gandum
1/2 cawa serbuk koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
3 sudu besar susu tepung
emulco choc
3 sudu nutella

Cara-cara membuat apam coklat tanpa telur step by step
1. Blend minyak, susu segar dan gula selama 3 minit
2. Ayak tepung gandum, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder, dan susu tepung dalam bekas besar
3. Campur semua bahan kecuali nutella dan emulco choc. Kacau rata hingga sebati.
4. Masukkan emulco choc dan nutella. Kacau rata lagi sampai sebati
5. Masukkan adunan ke dalam cup kecil, lepastu letak dalam bekas lompang.
6. Kukus selama 15 minit.

Apam coklat tanpa telur sedia dihidangkan.