Resepi Apam Polkadot Angry Bird Step By Step

Posted on

Cara Nak Lukis Resepi Apam Polkadot Versi Angry Bird Step By Step
resepi apam polkadot versi angry bird step by step
Ada banyak resepi apam yang comel-comel. Apam polkadot, versi angry bird, versi ladybird, apam polkadot strawberi dan ntah apa-apa lagi namanya namun resepinya tetap sama. Kali ini saya nak share resepi apam kukus dan cara nak lukis versi angry bird

Bahan-bahan apam
1/2 kg tepung gandum
1/2 paket yis segera mauripan
10 sudu besar gula
2 sudu besar minyak masak
1/2 biji kelapa parut
secubit garam
air secukupnya
pewarna

Cara Nak Lukis Apam Polkadot Versi Angry Bird

Untuk melukis apam angry bird, saya guna pewarna merah atau hijau, putih, kuning, dan hitam.

1. rendam yis dalam air suam setengah cawan sampai berbuih selama 10 minit

2. Campurkan tepung, gula, garam, dan yis yang telah direndam dalam satu bekas mengadun.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau guna handwrisk hingga jadi macam rupa adunan untuk buat jejemput.

4. Bagi adunan menjadi 4, lalu letak pewarna.

5. Siapkan adunan apam warna merah atau hijau
cara nak lukis apam polkadot versi angry bird 01

6. Guna adunan warna putih, lukis tiga segi di bawah untuk badan kemudian mata
cara nak lukis apam polkadot versi angry bird 01
7. Guna adunan warna kuning, lukis tiga segi di antara mata dan badan untuk hidung
cara nak lukis apam polkadot versi angry bird 01
8. Guna adunan warna hitam, lukis “v” besar di atas mata dan titiskan hitam pada mata.
cara nak lukis apam polkadot versi angry bird 01

9. Biarkan adunan naik sekejap dalam 30 minit, sementara tu panaskan periuk kukus.

10. Kukus sekitar 30 minit api kuat

11. Biarkan sejuk

Apam polkadot kukus versi angry bird siap disajikan