Resepi Ayam Masak Halia Berkuah Chinese Style Paling Simple, 5 Minit Je!

Posted on

resepi ayam masak halia berkuah chinese style simple

Hari ini saya akan cuba resepi ayam masak halia berkuah chinese style yang paling simple. Walaupun saya sudah lelah setelah bekerja seharian, saya tetap perlu memasak untuk anak-anak. Resepi masakan ayam ini saya pilih kerana sangat simple dan hanya memerlukan masa 5 minit. Walaupun mudah dan ringkas, resepi ayam masak halia yang simple dari chef hanieliza ini mempunyai rasa yang sangat disukai anak-anak. Saya merupakan ibu yang tidak ingin memberikan masakan pre heated untuk keluarga saya. Namun, saya juga memerlukan resepi masakan yang simple dan ringkas kerana kesibukan saya termasuk membersihkan rumah, menyiapkan anak-anak sekolah, mengajar di sekolah dan blogging. Oleh kerana itu, saya sentiasa mencari resepi yang mudah dan ringkas namun tetap mempunyai rasa yang lazat seperti resepi ayam masak halia berkuah ini.

Rempah utama masakan ayam chinese style ini adalah halia. Rempah ini memberikan rasa yang menakjubkan dan aroma yang sangat menyelerakan untuk setiap masakan. Halia merupakan rempah yang paling sering digunakan dalam masakan Asia. Oleh kerana itu, anda pasti akan mendapati banyak resepi di blog ini yang menggunakan halia sebagai rempah seperti resepi ayam percik.

Ayam masak halia ini dapat dengan mudah kita dapati di setiap restauran. Bahkan, ini merupakan resepi wajib yang selalu kami pesan setiap makan di restauran. Kami selalu memesan ayam masak halia bersama ayam paprik. Pada masa ini saya akan memasak ayam halia berkuah ini untuk keluarga saya. Jika kamu ingin cuba masak ayam halia chinese style yang simple seperti ini, jom ikuti resepi ini.

Bahan:
2 dada ayam
1 cili hijau segar (boleh digantikan dengan 7 cili padi)
1 bawang
3 inci halia
1 sudu kecil tepung jagung
2 sudu besar minyak masak
garam dan gula secukup rasa