4 Resepi Ayam Masak Kunyit Paling Sedap dan Ringkas, Tak Sampai 30 Minit Je!

Posted on

Adakah anda sedang mencari idea-idea untuk menu makan tengah hari? Mari kita cuba resepi turun temurun dari kecik sampailah dah kahwin, Ayam masak kunyit. Ini hidangan kampung yang dapat dibuat dengan pelbagai variasi. Di sini saya telah mengumpul pelbagai resepi ayam kunyit yang paling sedap dan mudah disediakan, tak sampai 30 minit sahaja.

Resepi Ayam Masak Kunyit Halia

resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 00

Ayam masak kunyit halia ini akan menjadi menu makan tengah hari yang paling disukai kanak-kanak. Dengan aroma yang sangat sedap membuat terliur, Kita tak perlu bersusah payah untuk masak menu yang terlalu complicated untuk dihidangkan kepada kanak-kanak. Resepi ini akan menjadi masakan yang mudah tapi istimewa hidangan air tangan sendiri. Ayam masak kunyit halia ini memang sedap. Sila lah cuba resepi mudah ini. Tak sampai 30 minit untuk membuat ayam masak kunyit halia ini.

Bahan-bahan
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 00 bahan bahan
1/2 ekor ayam
1 sudu kecl serbuk kunyit
1 sudu kecil garam
2 sudu besar cili boh
1 ibu jari halia hiris
1 asam keping
bawang besar dan cili untuk hiasan

Cara-cara membuat ayam masak kunyit halia langkah demi langkah
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 01
1. Potong ayam kecil-kecil lalu bersihkan
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 02
2. Masukkan air dalam cawan bagi ayam separa tenggelam untuk rebuskan dengan bahan-bahan. Masukkan semua bahan kecuali hiasan.
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 03
3. Rebuskan ayam
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 04
4. Dalam 10-15 minit sehingga air rebusan ayam kering, api perlahankan.
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 05
5. Hiris bahan hiasan dan siapkan 1/2 cawan minyak masak
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 06
6. Masukkan minyak masak, api perlahan. Masak dalam 5 minit supaya ayam sedikit garing dan kering. Kemudian, masukkan bawang serta cili untuk hiasan
resepi ayam masak kunyit halia mudah sedap step by step 07
7. Ayam masak kunyit halia siap dihidangkan bersama nasi selagi hangat.