Resepi Bebola Ayam Cheese Homemade Goreng Paling Mudah!

Posted on

Resepi paling mudah untuk membuat bebola ayam cheese homemade goreng

resepi bebola ayam cheese homemade goreng mudah sedap 11

 

 
Bebola ayam senantiasa membuat suasana di keluarga saya gembira. Terutama di sekitar bulan puasa dan hari raya. Bebola ayam sangat mudah untuk disajikan sebagai hidangan berbuka puasa maupun sahur. Bebola ayam ini boleh disimpan di dalam peti ais sebelum digoreng. Apabila tidak punya banyak masa menjelang berbuka puasa ataupun sahur, anda hanya mengambil bebola ayam dari peti sejuk lalu menggorengkannya. Bila anda ingin menyajikan bebola ayam yang sihat, anda boleh membuat sendiri di rumah. Berikut ini resepi yang paling mudah untuk membuat bebola ayam cheese homemade. Saya tidak boleh menunggu untuk mendengar bagaimana anda dan keluarga menyukainya.

Bahan untuk membuat bebola ayam cheese homemade

bahan bebola ayam cheese homemade goreng mudah sedap
250 gram dada ayam
1 biji bawang besar, cincang kasar
1 sudu kecil halia cincang
2 daun bawang, cincang
1 sudu besar butter
3/4 sudu kecil garam
1/4 sudu kecil serbuk cili merah
1/2 sudu kecil sos cili
1/4 sudu kecil gula
1/4 sudu kecil baking soda
1 kuning telur
1/3 cawan air
200 gram cheese mozzarella

Bahan untuk celup

1/2 cawan tepung gandum
1/4 cawan tepung jagung
1/2 sudu kecil garam

1 putih telur
2 sudu besar susu cair

1 cawan nachos, hancurkan

Cara-cara membuat bebola ayam cheese paling mudah step by step:
1. Masukkan daging ayam, bawang besar, halia cincang dan daun bawang ke dalam pengisar kering. Kisar hingga halus.

resepi-bebola-ayam-cheese-homemade-goreng-mudah-sedap-01

 

2. Masukkan adunan daging ayam itu ke dalam bekas. Campurkan butter, garam, serbuk cili merah, sos cili, gula, baking soda, kuning telur, dan cawan air. Campur hingga sebati.