Resepi Biskut Oat Chocolate Chip Cookies Ala Subway, Crunchy dan Paling Sedap, Selera Orang Diet!

Posted on

Biskut oat ialah jenis biskut yang amat digemari oleh orang yang sedang diet. Selain lazat, biskut berazaskan oatmeal juga terkenal dengan khasiatnya yang sihat dan yang paling penting kenyang. Oat chocolate chip cookies ala subway ini pasti disukai sekeluarga kerana rasanya yang chewy, rangup di luar tapi lembut dan lembab di dalam. Orang yang selalu beli biskut oatmeal di Subway akan tahu rasanya. Namun, orang yang tak biasa dengan chocolate chip cookies yang lembut ni, mesti orang fikir biskut ni dah masuk angin. Saiz biskut ni pun sangat besar iaitu sebesar tapak tangan. Jadi, sekeping biskut oat sahaja dah kenyang.
resepi biskut oat chocolate chip cookies subway diet sukatan cawan resepi biskut oat chocolate chip cookies subway diet langkah demi langkah

Cara membuat biskut oat chocolate chip ni sangat mudah. Bahap pun tak sesukar untuk mencari. Anak-anak pun boleh menyediakannya sendiri. Jom kita tengok resepi oatmeal chocolate chip cookies ala Subway yang dikongsikan oleh blog Home Cooking in Montana.

Bahan-bahan Oatmeal Chocolate Chip Cookies dengan sukatan cawan

1. 2 cawan tepung gandum*
2. 1 sudu kecil baking powder*
3. 1/4 sudu kecil garam*
4. 1 sudu kecil esen vanilla
5. 1 cawan butter
6. 1 cawan gula perang
7. 1 cawan gula halus
8. 1 biji telur
9. 3 cawan oat
10. 1 cawan chocolate chip

Cara-cara membuat biskut oat ala Subway
1. Dalam mangkuk besar, satukan butter, gula halus dan gula perang. Lepastu, pukul hingga sebati, boleh guna hand mixer atau wisk sahaja.

resepi biskut oat chocolate chip cookies subway diet 01
2. Masukkan telur dan vanilla. Gaul hingga rata

resepi biskut oat chocolate chip cookies subway diet 02
3. Dalam mangkuk lain, masukkan bahan bertanda *. Gaulkan perlahan-lahan dan ayak.

resepi biskut oat chocolate chip cookies subway diet 03
4. Masukkan bahan kering yang telah kita ayak tadi ke dalam adunan butter dan pukul hingga mesra.

resepi biskut oat chocolate chip cookies subway diet 04
5. Masukkan chocolate chips dan oat ke dalamnya dan adun sempurna

resepi biskut oat chocolate chip cookies subway diet 05
6. Sediakan loyang yang disapukan sedikit butter agar biskut tidak melekat
7. Scoop adunan menggunakan scoop ice cream. Jarakkan antara setiap biskut kerana ia akan mengembang

resepi biskut oat chocolate chip cookies subway diet 07
8. Simpan adunan dalam peti ais selama 1 jam sebelum dibakar
9. 6. Panaskan oven pada suhu 175 darjah celcius.
10. Masukkan loyang tersebut ke dalam oven dan bakar selama 15-20 minit. Jika Anda suka biskut yang lembut dan lembab, bakar 15 minit sahaja. Jika Anda suka biskut yang rangup, bakar 20 minit.

Adunan yang tak nak bakar boleh disimpan dalam bekas kedap udara kemudian disimpan dalam peti ais dekat chiller untuk stock. Bila teringin nak makan, keluarkan sekejap lalu bakar. Dalam 15 minit, biskut oatmeal chocolate cookies ala Subway sudah dapat dihidangkan untuk keluarga ataupun tetamu.

resepi biskut oat chocolate chip cookies subway diet paling sedap dan mudah

Selamat mencuba