Resepi Biskut Snow Almond Sukatan Cawan Paling Mudah dan Sedap!

Posted on

resepi biskut snow almond sukatan cawan
Biskut snow almond ialah biskut raya yang selalu mendapat tempahan paling tinggi. Biskut ni jenama snow kerana disalut menggunakan serbuk roti sebagai snow. Serbuk roti, kopi, dan coklat berpadu menjadi rasa yang sangat sedap. Terliur kan? Teringin nak buat biskut snow almond kopi? Jom saya kongsikan resepi biskut snow almond yang paling mudah dengan sukatan cawan.

Bahan A:
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
1/3 cawan gula perang
1 biji kuning telur gred C
1 sudu kecil esen vanilla

Bahan B (ayak semua)
3 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung kastard
1/2 cawan susu tepung
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil emplex
1 cawan serbuk badam
1 sudu besar coffeemate

Bahan Salutan
Serbuk roti putih
Coklat masakan

Cara-Cara Buat Biskut Snow Almond
1. Pukul manja bahan A hingga kembang
2. Satukan semua bahan B. Masukkan bahan B sedikit demi sedikit sampai habis ke dalam adunan A tadi menggunakan kaedah kaub balik.
3. Bentukkan adunan tersebut mengikuti citarasa masing-masing

resepi biskut snow almond sukatan cawan 01
4. Bakar pada suhu 150 darjah celcius selama 15 minit

resepi biskut snow almond sukatan cawan 02
5. Cairkan coklat masakan secara double boiler
6. Celup biskut dengan coklat, lepastu balut perlahan-lahan dengan serbuk roti

resepi biskut snow almond sukatan cawan 03

 

 

Mudahkan cara buat biskut snow almond dengan perisa kopi yang sedap ni? Saya yakin Anda semua paham resepi biskut snow almond yang sesuai untuk hari raya ni. Sila share resepi mudah ni ke kawan-kawan. Selamat mencuba!

resepi biskut snow almond sukatan cawan 04