Resepi bubur lambuk ala masjid jamek kampung baru PALING MUDAH

Posted on

resepi cara masak bubur lambuk masjid jamek kampung baru mudah step by stepResepi cara masak bubur lambuk ala masjid jamek kampung baru yang mudah dan sedap – Anda suka berbuka dengan bubur lambuk di masjid jamek kampung baru? Anda pingin cuba masak bubur lambuk tapi tak tahu nak masak? Masjid jamek tidak dapat dipisahkan dengan tradisi memasak dan mengagih bubur lambuk. Setiap masa ramadhan, masjid jamek selalu menyediakan 15 hingga periuk bubur lambuk. Jom ni saya akan kongsikan resepi masak bubur lambuk ala masjid jamek kampung baru yang mudah, sedap, dan simple.

Bahan-bahan
2 cawan beras, dibersihkan
400 gram daging, dipotong dadu
4 ulas bawang putih, ditumbuk halus
1 biji bawang besar merah, ditumbuk halus
1 genggam udang kering, ditumbuk halus
1 kiub pati lembu
1 sup bunjut
1 sudu halba
2 helai daun pandan
1/2 cawan santan
rempah ratus (Bunga lawang,kulit kayu manis, lada hitam) dan air secukupnya
Bunga lawang,kulit kayu manis, lada hitam secukupnya

Cara-cara masak bubur lambuk
tumis bumbu bubur lambuk masjid jamek kampung baru mudah sedap
1. Panaskan minyak, masukkan bahan bawang putih, bawang besar merah, dan udang kering yang telah ditumbuk halus serta rempah ratus. Tumis hingga layu.
2. Masukkan daging yang telah dipotong dadu dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
daging bubu lambuk masjid jamek kampung baru mudah simple
3. Masukkan beras yang dibasuh, tambahkan sup bunjut ,kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur.
cara masak bubur lambuk kampung baru masjid jamek lazat mudah
4. Masukkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga bubur mendidih.
5. Sebelum dimakan, taburkan bawang goreng dan juga daun sup mengikut citarasa anda.