Resepi Cara Masak Nasi Minyak Hujan Panas Step By Step

Posted on

resepi cara masak nasi minyak hujan panas sedap mudah simple sukatan cawanStep by step resepi cara masak nasi minyak hujan panas paling sedap – Alhamdulillah, saya sudah berjaya masak nasi minyak hujan panas, wangi baru aromanya sedap sangat. Nak buat pun simple dan mudah. Anda yang baru belajar masak pun boleh buat. Jomlah segera simak resepi nasi minyak hujan panas ni sebelum menitis air liur.

Bahan masak nasi minyak hujan panas untuk 5 orang
bahan masak nasi minyak hujan panas sedap simple mudah
4 cawan beras basmati, cuci dan rendam selama 10 minit kemudian toskan
5 cawan air
2 kiub ayam
2 helai daun pandan
pewarna merah, kuning, dan hijau

Bahan Tumis Nasi Minyak Hujan Panas
1/2 inci halia, hiris nipis-nipis
2 ulas bawang putih, hiris nipis-nipis
1/2 biji bawang besar, hiris nipis-nipis
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga

Bahan hias
bawang goreng dan kismis secukupnya

Cara-cara masak nasi minyak hujan panas step by step
1. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis hingga berubah warna dan bau wangi
2. Masukkan beras kemudian gaul rata
cara cara masak nasi minyak hujan panas sedap
3. Masukkan air, kiub ayam, dan daun pandan. Masaklah sehingga nasi masak
nasi minyak hujan panas sudah kering
4. Letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna ditempat yang berasingan bila nasi kering
cara titik pewarna nasi minyak hujan panas
5. Gembur-gemburkan nasi tu bila sudah masak
tabur hiasan nasi minyak hujan panas
6. Hiaslah nasi dengan bawang goreng dan kismis sesuai selera
7. Nasi minyak hujan panas sedap ni siap jadi juadah

Nasi minyak hujan panas ini sesuai dimakan bersama Ayam Masak Merah Berempah.