Resepi Cheese Cake Moist Paling Mudah, Step by Step!

Posted on

resepi cheese cake moist mudah step by step 01

Cheese cake sememangnya antara kek yang paling digemari ramai. Kalau tak kena cara buatnya, cheese cake jadi keras. Pastilah tak sedap. Untuk anda yang cari resepi cheese cake moist paling mudah, kami kongsikan resepi step by step bergambar. Cheese kek ini sangat moist dan spongy. Resepi ini telah dikongsikan lebih dari 7000 peminat cheese kek. Jom cuba buat cheese cake moist ni.

 

Bahan

6 biji telur gred B

300 gram cream cheese

200 gram tepung naik sendiri

50 gram tepung jagung

1/2 cawan whipping cream

3 sudu besar butter

1/2 cawan gula icing

1/2 sudu kecil cream of tar tar

 

Cara-cara buat cheese cake step by step

  1. Asingkan putih dan kuning telur
  2. Cairkan cream cheese lepastu masukkan telur kuning satu persatu. Whiskan.
  3. Masukkan tepung naik sendiri bersama dengan tepung jagung. Ayakkan sekali
  4. Cairkan whipping cream dengan butter secara double boiler
  5. Masukkan whipping cream ke dalam adunan tepung
  6. Kita buat meringue. Mix telur putih sampai berbuih dulu
  7. Masukkan gula ke dalam adunan meringue
  8. Masukkan cream of tar tar
  9. Whisk sampai jadi bertanduk
  10. Masukkan adunan meringue ke dalam adunan tepung
  11. Kaup balik je
  12. Alas baking paper
  13. Panaskan oven dengan suhu 150 darjah selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang daam bekas berisi air, macam dalam bambar di bawah). Bakar pada 160 darjah untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah. Rendahkan suhu pada 150 darjah untuk seterusnya hingga masak.