Resepi Cheese Tart Blueberry Nutella Buncit Lorekan Emoji Paling Mudah!

Posted on

Bila hari cuti, perut keroncong minta diisi, buatlah cheese tart dengan perisa blueberry dan nutella ini. Tengok kat FB ramai yang kongsi cheese tart dengan lorekan emoji yang buncit-buncit, tambah berkeroncong dan terliur lah.

resepi cheese tart blueberry nutella buncit

Penggemar cheese wajib cuba resepi ni. Shell tart yang gurih dan filling cheese dipadu perisa blueberry dan nutella yang asam manis, sangat lazat. Untuk dapatkan cheese yang buncit, jom tengok resepi step by step ni.

Bahan Shell Tart

resepi cream cheese shell tart buncit bahan bahan
125 gram butter
50 gram gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 biji kuning telur gred A
250 gram tepung gandum
5 gram susu Nespray full cream
1/2 sudu besar air sejuk dari peti ais

Cara-cara membuat shell tart
1. Pukul butter dan gula aising hingga sebati

resepi cream cheese shell tart buncit 01
2. Tambahkan kuning telur, esen vanilla, susu full cream dan air sejuk. Gaul lagi hingga sebati.

resepi cream cheese shell tart buncit 02
3. Lepastu, masukkan tepung dan uli sampai sebati dengan senduk kayu.

resepi cream cheese shell tart buncit 03
4. Tekan doh dalam acuan tart 4,5 cm. Buang lebihan doh tepi acuan. Lepastu, cucuk bahagian tengah dengan garfu. Buat hingga habis adunan dalam 50-60 keping.

resepi cream cheese shell tart buncit 04
5. Bakar dalam oven dengan suhu 170 celcius selama 30 minit.

==============================================

Bahan-bahan Cream Cheese

resepi cream cheese tart buncit bahan bahan

250 gram cream cheese
30 gram butter
100 gram gula aising
1 biji telur gred A (kocok perlahan dahulu)
Sedikit esen vanila

Cara-cara membuat cream cheese
1. Satukan cream cheese, butter, dan gula aising.

resepi cream cheese tart buncit 01

2. Lepastu, putar hingga lembut dan gebu

resepi cream cheese tart buncit 02
3. Masukkan telur dan esen vanila. Putar sekejap

resepi cream cheese tart buncit 03

===========================================
Bahan cheese tart blueberry nutella
– filling blueberry dan nutella (boleh gunakan filling lainnya seperti strawberry, kiwi, oren atau jem nenas)
– shell tart
– cream cheese

Cara-cara membuat cheese tart blueberry nutella buncit
1. Masukkan filling tu dalam piping bag untuk memudahkan proses kita meletakkan ia dalam shell tart.

resepi cheese tart blueberry nutella buncit 01 resepi cheese tart blueberry nutella buncit 02

2. Masukkan cream cheese dalam piping bag. Gunting hujungnya besar sama besar dengan besar lubang shell.

resepi cheese tart blueberry nutella buncit 03
3. Letakkan cheese dengan memegang piping bag secara menegak. Letakkan cream cheese secara membunjut dan menggunung. Letak penuh supaya ia cantik buncit.

resepi cheese tart blueberry nutella buncit 04

resepi cheese tart blueberry nutella buncit 05

resepi cheese tart blueberry nutella buncit 06
4. Lepastu, boleh lah kita mulakan proses untuk melorek emoji atas cheese tart tadi.
5. Ambil sedikit cream cheese, titikkan sedikit pewarna yang kita suka.
6. Kacau rata hingga warna bergaul sempurna.
7. Lorekkan selagi cheese tadi masih lembut. Jika melorek dilakukan ketika cheese dah mula mengering, lorekan tidak secantik yang kita inginkan.
8. Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 5 minit. Sentuh cream cheese dengan hujung jari. Jika tidak melekat, cheese tart telah masak.

Cheese tart siap disimpan dalam bekas kedap udara. Letakkan cheese tart buncit ni dalam peti ais. Selamat mencuba.