Resepi Donat Pandan Gebu Terlajak Mudah! Tanpa Uli, Memang Wajib Cuba!

Posted on

resepi donat pandan gebu mudah tanpa uli 00

Di penghujung minggu, tertengok resepi donut rasa pandan yang gebu gebas. Terbayangkan, donat dengan tambahan susu tepung yang sangat terasa rasa lemak berpadu dengan warna hijau dan harum wangi pandan yang sangat menarik dan memikat selera.

Apa yang paling penting dalam pembuatan donat tanpa uli ini adalah yis yang digunakan untuk membuat doh. Pastikan gunakan yis yang hidup. Untuk memastikan yis hidup, rendam yis dalam air minit selama 10 minit. Jika berbuih, yis hidup da boleh digunakan untuk dibuat donat yang gebu.

resepi donat pandan gebu mudah tanpa uli 01

Resepi donat gebu tanpa uli ini pun boleh guna perisa lain selain pandan. Anda boleh guna perisa donat biasa. Anda buat donat ala big apple pun boleh. Topping untuk donat pandan pun terpulang nak guna apa, boleh guna gula je, boleh guna topping lainnya seperti cheese. Resepi cara buat donat pandan ini terlajak mudah dengan sukatan cawan. Jom tengok resepi untuk membuat donat gebu gebas tanpa uli ini.

Bahan Donat Pandan Susu
Bahan A:
1 paket yis kering
2 sudu susu pekat manis
2 sudu gula pasir
1 cawan air suam
2 sudu kecil pes pandan
Campurkan bahan ini dan biarkan kembang

Bahan B
4 cawan tepung gandum
2 sudu (b) marjerin/butter
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam

Cara buat donut pandan gebu tanpa uli
1. Masukkan semua bahan B ke dalam satu bekas besar. Ramas bahan-bahan tersebut hingga menjadi macam serbuk roti.

2. Campurkan semua bahan A ke dalam mangkuk. Biarkan selama 10 minit hingga berbuih.

3. Campurkan bahan A dan Bahan B tadi dan gaul sebati hingga tepung tidak melekat pada tangan

4. Masukkan doh ke dalam bekas dan tutup doh tersebut. Perap doh selama 1 jam agar menghasilkan donut yang gebu gebas meski tanpa uli. Adunan memang lembik, tapi tak perlu risau, tak perlu tambah tepung.

5. Tumbuk-tumbukkan doh donat yang telah kembang untuk mengeluarkan angin. Lepastu, canaikan doh donat tersebut.

resepi donat pandan gebu mudah tanpa uli 04

6. Terap menggunakan acuan donat

resepi donat pandan gebu mudah tanpa uli 03

7. Susun donat tersebut di atas talam yang ditaburi tepung gandum agar tidak lengket dan melekat. Biarkan donat pandan tersebut rehat selama 15 minit.

8. Goreng donat dengan api sederhana hingga berwarna keperangan. Anda boleh hiaskan donat pandan susu ini dengan salutan gula ataupun topping yang lain.

resepi donat pandan gebu mudah tanpa uli 02

Donat pandan susu tanpa uli siap untuk dihidangkan untuk minum petang. Senang dan mudahkan? Anda boleh buat donat genu dengan bahan-bahan yang ada di rumah dan tanpa perlu menguli.