Resepi Donut Green Tea Lembut Ala Big Apple

Posted on

Resepi Cara Buat Donut Green Tea Lembut dan Gebu Ala Big Apple
resepi donut green tea lembut ala big apple

Big Apple Donuts merupakan kedai pertama yang secara khusus menjual donut dan kopi. Restauran seperti ini sudah lebih dahulu ada di Indonesia dengan jenama yang lain. Outlet pertama Big Apple Donuts dibuka di The Curve, Selangor pada tahun 2007. Donut yang dijual di restauran ini terkenal sangat lembut dan gebu. Jika anda merupakan peminat donut dari Big Apple dan ingin mencuba membuat sendiri di rumah, saya akan berkongsi resepi donut lembut dan gebu yang sangat mudah. Donat cheese ini sangat lembut mat gebu ala big apple.

Bahan kering
3 cawan tepung protein tinggi
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan susu tepung
1/2 cawan gula kastor
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil yis segera

Bahan penaik
1/8 cawan mentega
1/8 cawan marjerin
1 sudu besar liquid bread improver (jika tak ada, gantikan dengan serbuk penaik lain)

Bahan cecair
1 biji telur
3/4 cawan air sejuk (gunakan air sejuk sepenuhnya, bukan air suam supaya adunan naik sempurna)
80 gram krim putar (gunakan krim putar yang mempunyai rasa manis)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil perisa mentega

Bahan untuk toping
2 cawan gula halus
1 sudu kecil serbuk matcha green tea
1/4 cawan air masak

Cara-cara membuat donut green tea lembut ala big apple
Campurkan semua bahan kering di dalam mangkuk pemukul. Pukul hingga rata
Masukkan bahan cecair ke dalam campuran bahan kering dan pukul menggunakan kelajuan perlahan selama 2 minit
Tukar kepada kelajuan sederhana, lalu tambahkan bahan penaik. Pukul lagi selama 5 minit hingga adunan menjadi licin
Keluarkan adunan donut lalu biarkan ditutup untuk rehat hingga 30 minit.
Ratakan adunan donut setebal 2 cm dan taburkan sedikit tepung gandum di bawah dan permukaan adunan agar tidak lengket.
Tutup dengan plastik lalu rehatkan selama 60 minit
Buka plastik penutup, angkat adunan, dan kembalikan semula ke tempat asal
Gunakan acuan donut untuk menerap bentuk donut yang dikehendaki
Tabur sedikit tepung ke atas dulang. Lalu susun adunan donut yang sudah dibentuk di atas dulang.
Biarkan donut kembang hingga menjadi 2 kali ganda
resepi donut green tea lembut ala big apple 01
Goreng sehingga kuning keemasan menggunakna api sederhana.
resepi donut green tea lembut ala big apple 02
Untuk topping, campur gula halus, serbuk matcha green tea dan air masak. Pukul hingga merata.
resepi donut green tea lembut ala big apple 03
Celupkan donut ke dalam cecair green tea.
Donut green tea lembut ala big apple siap disajikan