Resepi Ikan Siakap Kukus Limau ala Thai, Santapan Yang Menyelerakan!

Posted on

Ikan siakap dimasak sendiri tentu lebih menjimatkan dan menyihatkan. Sebenarnya, ikan lain selain siakap pun boleh, contohnya ikan bawal. Tetapi, ikan siakap mempunyai rasa yang lebih sedap dengan resepi masak kukus ala thai. Saya memang suka makan ikan siakap stim nie. Emmmm, sedap dan menyelerakan yew. Ni dia resepi step by step ikan siakap kukus limau ala thai yang paling mudah. Jom lah cuba. Resepi ini lauk kegemaran saya sekeluarga.

Bahan bahannya:
resepi ikan siakap limau ala thai menyelerakan step by step 01

1 ekor ikan siakap, dibersihkan dan dikelar2

Bahan-bahan untuk dimayang :
2 batang serai
3 helai daun limau purut
5 biji cili api
1 1/2 inci halia muda
3 ulas bawang putih
1 labu bawang putih jeruk

1 biji limau nipis saiz besar
5 sudu makan sos nampla/sos ikan

Bahan-bahan hiasan:
Buah tomato (buang biji), cili merah, bawang besar dan daun sup/daun ketumbar dan daun bawang.

Sayuran ni kalau korang nak tambah brokoli atau bunga kobis boleh je.

Cara-caranya

resepi ikan siakap limau ala thai menyelerakan step by step 02

1. Mula mula perap ikan siakap dengan sos nampla sementara kita mayang bahan bahan tadi. Masukkan ke dalam pinggan pengukus.

resepi ikan siakap limau ala thai menyelerakan step by step 03

2. Bahan bahan yang siap dimayang. Kalau korang rajin. Boleh mayang lagi halus.

3. Gaulkan bahan bahan yang dimayang dengan sedikit sos nampla. Boleh tambah perasa jika suka.

resepi ikan siakap limau ala thai menyelerakan step by step 04

4. Taburkan ke atas ikan yang diperap dalam pinggan pengukus tadi. Masukkan 1/2 cawan air untuk kuah.

5. Kemudian perah air limau nipis ke atasnya.

resepi ikan siakap limau ala thai menyelerakan step by step 00

6. Didihkan air di dalam periuk pengukus. Masukkan ikan, tutup rapat dan kukus selama 10 minit.

7. Ni dia rupa sebenar ikan siakap kukus limau dengan bawang putih yg dah siap.

resepi ikan siakap limau ala thai menyelerakan step by step 00

Selamat mencuba
Jika Anda suka masakan ala thailand, silakan cuba juga resepi ikan tiga rasa thailand yang paling mudah ni.