Resepi Kek Batik Nestum Milo Tanpa Telur Lembut

Posted on

Resepi cara membuat kek batik nestum milo tanpa telur yang lembut dan sedap
resepi kek batik nestum milo tanpa telur lembut simple sedap ringkas sukatan cawan
Apakah anda pernah merasai Kek Batik? Jika belum pernah, anda akan menyangka bahawa ini adalah hedgehog slice dari australia. Sepintas, kedua-dua makanan ringan ini memang mirip. Namun, jika anda sudah pernah merasai kedua-duanya, anda akan mengetahui perbezaannya. Hedgehog slice mempunyai tekstur yang lebih mirip biskut coklat berbanding cake. Sebaliknya, kek batik mempunyai tekstur seperti kek yang lain iaitu lembut dan lunak. Masa ini, terdapat banyak variasi resepi kek batik. Beberapa resepi yang popular antara lain kuih batik cheese. Kali ini, saya akan berkongsi resipi kek batik yang sangat sihat kerana menggunakan nestum, bijirin untuk sarapan yang sangat terkenal di malaysia. Selain itu, saya juga akan menggunakan milo dan serbuk coklat sebagai perasa coklat. Jomlah simak resepi kek batik nestum milo ni sebelum air liur menitis.

Bahan kek batik milo nestum tanpa telur sukatan cawan
– 1 cawan mentega

– 1 tin susu pekat manis

– 1 sudu besar serbuk coklat

– 10 sudu besar milo

– 3 sudu besar NESTUM

– 1 paket biskut Marie, pecahkan setiap biskut
resepi kek batik nestum milo patahan biskut marie

Cara-cara membuat kek batik nestum milo yang lembut dan mudah:
resepi kek batik nestum milo adunan campuran
1. Cairkan mentega lalu tambahkan susu pekat manis. Kacau terus menerus
2. Sambil dikacau, tambahkan milo dan nestum. Kacau hingga adunan campuran mula menebal
resepi kek batik nestum milo adunan patahan biskut marie

resepi kek batik nestum milo acuan kek
3. Campur adunan dengan pecahan biskut marie, letakkan ke dalam acuan kek
4. Diamkan dalam peti sejuk sekurang-kurangnya 4 jam atau sebaik-baiknya semalaman
5. Kek batik nestum milo yang sihat sudah boleh disajikan