Resepi Kek Butter Lemon Yang Terlajak Mudah Untuk Dicuba!

Posted on

Resepi kek butter lemon ni adalah kek yang paling sedap dan mudah untuk dihasilkan. Saya rekomen untuk pembaca untuk membuat butter lemon cake ni. Rasa masam parutan kulit lemon tu sungguh ngam dengan kek butter ni. Bau lemon pula membangkitkan rasa segar kek ni. Walau makan berapa hiris kek pun tidak ada rasa muak. Teringin nak cuba buat sendiri kek butter lemon di rumah? Jom kita intai resepi ini.

 

Bahan-Bahan Kek Butter Lemon
resepi kek butter lemon sedap mudah bahan bahan

6 telur (pisahkan putih telur dan kuning telur)
250 gram butter
200 gram gula
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil parutan kulit lemon

 

Cara-cara membuat kek butter lemon step by step

1. Masukkan putih telur ke dalam bekas. Lepastu, pukul sehingga kembang.

resepi kek butter lemon sedap mudah 01

2. Pada bekas lain, masukkan butter, gula, dan kuning telur. Gaul hingga adunan sebati.

resepi kek butter lemon sedap mudah 02

3. Pukul adunan hingga kembang.

resepi kek butter lemon sedap mudah 03

4. Pada bekas lain, masukkan baking powder dan tepung gandum. Aduk hingga sebati.

resepi kek butter lemon sedap mudah 04

5. Masukkan parutan kulit lemon ke dalam adunan butter. Pukul hingga sebati.

resepi kek butter lemon sedap mudah 05

6. Masukkan tepung gandum ke dalam adunan butter secara perlahan sembari pukul hingga sebati.

resepi kek butter lemon sedap mudah 06

7. Masukkan putih telur yang sudah dipukul ke dalam adunan.

resepi kek butter lemon sedap mudah 07

8. Pukul adunan hingga moist.

resepi kek butter lemon sedap mudah 08

9. Masukkan adunan ke dalam loyang

resepi kek butter lemon sedap mudah 09

10. Bakar dengan suhu 150 celcius selama 20 minit.

resepi kek butter lemon sedap mudah 10

11. Kek siap dipotong untuk dihidangkan.

Selamat mencuba membuat kek butter lemon homemade yang paling sedap dan mudah.