Resepi Kek Gula Hangus / Sarang Semut Kukus Paling Mudah! 4 Langkah Je, Tanpa Perap, Tak Perlu Blender!

Posted on

resepi kek gula hangus sarang semut kukus tanpa perap tanpa blender

 

Resepi kek gula hangus ini pasti banyak disukai penggemar makanan manis. Kek gula hangus ini biasa dipanggil kek sarang semut, adapula dipanggil kek span. Kek ini dipanggil demikian kerana kek ini dibakar dan dipotong seolah-olah seperti sarang semut. Ada juga yang panggil kek sarang lebah.

Apa yang membezakan resepi ini dengan resepi kek sarang semut yang lain? Resepi ini sangat mudah namun sangat sedap. Tanpa payah blender dan tak payah perap, kek ini akan naik elok. Anda semua pasti bisa cuba buat kek gula hangus kukus yang mudah dan lazat ini. Hasil akhir akan buatkan Anda berpuas hati walau kali pertama membuat kek gula hangus dengan bantuan resepi yang kami kongsikan ini. 

Resepi kek gula hangus sarang semut ini bermula dari kongsi Empayar Annur yang sudah dikongsikan lebih dari 12000 kali. Jom cuba kita buat kek yang sedap ini.

Bahan-bahan kek gula hangus / kek sarang semut kukus

1 cawan gula pasir 

1 cawan air panas 

1 cawan tepung gandum 

3 sudu makan marjerin 

4 biji telur ayam gred B 

¾ cawan susu pekat (½ cawan untuk kurang manis)

2 sudu kecil soda bikarbonat

1 sudu kecil baking powder

1 penutup botol esen vanila

Cara-cara membuat kek gula hangus / sarang semut kukus :

STEP 1

  • Panaskan gula (api sederhana) sehingga hangus.
  • Bila nampak keperangan, kecilkan api. Tuang air panas tadi sikit demi sikit sampai habis (Hati2 ye, masa ni adunan sedikit meletup2). Api perlahan sahaja sampai gula hangus dan air sebati. 
  • Kemudian masukkan marjerin. Kacau. Tutup api. Biarkan adunan seketika.

STEP 2

  • Masukkan 4 biji telur ke dalam mangkuk. Kacau-kacau manja bagi kuning telur pecah je. Kacau lagi dengan susu pekat dan esen vanila.

STEP 3

  • Ayak tepung, soda bikarbonat, dan baking powder (

STEP 4

  • Kacau sebati adunan dari step 1, 2, dan 3
  • Alas loyang dengan kertas minyak dan griskan sekeliling loyang dengan marjerin. 
  • Panaskan periuk kukus sehingga mendidih sebelum masukkan adunan. 
  • Kukus 1 jam sehingga masak.

Kek gula hangus kukus atau kek sarang semut lazat ini siap dihidangkan untuk minum petang. Selamat mencuba