Resepi Kek Oreo Susu Viral! 2 Bahan Je, Paling Senang dan Sedap!

Posted on

Dalam perkongsian kali ini, Puan Hanny pula ingin berkongsikan resepi kek oreo susu menggunakan hanya 2 bahan. Ya, 2 bahan saja. Macam tak percaya, bukan?

Resepi kek oreo tanpa tepung ini sangat sesuai untuk hidangan minum petang dengan anak-anak. Tak rugi mencubanya sebab caranya tersangatlah mudah. Hanya perlu periuk kukusan dan tak perlu bakar pun.

Bahan-bahan:
resepi-kek-oreo-susu-viral-2-bahan-je
resepi-kek-oreo-susu-coklat-dutch-lady

1 paket biskut Oreo (pek 137g)

100ml susu Dutch Lady coklat

Cara-cara:

1. Hancurkan Biskut

Mula-mula, hancur biskut Oreo sekali dengan krim di dalamnya. Ikutlah nak bubuh dalam plastik dan tumbuk dengan lesung atau guna blender. Saya guna blender saja.

2. Tuang Susu

Seterusnya, tuangkan susu ke dalam biskut yang dihancurkan tadi. Kacau sampai rata.

3. Masukkan Dalam Loyang

Bila dah siap, masukkan dalam loyang.

4. Kukus

Akhir sekali, kukus selama 20 minit dengan api kecil.

5. Untuk topping atas tu, cairkan coklat chip menggunakan teknik double broiler. Kemudian, sapu atas kek.

Siap!

Dah siap dah pun. Inilah hasilnya

resepi-kek-oreo-susu-viral-
resepi-kek-oreo-susu-viral-