Resepi Kek Pisang Kukus Moist Mudah dan Sedap

Posted on

resepi kek pisang kukus moist mudah sedap sihat lazatPagi ini, saya baru saja memasak kek pisang kukus. Resepi kek pisang yang mudah ini, saya turun dari everybodyeatswell. Kek kukus lazat ini merupakan makanan yang sihat. Jika anak anda tidak suka makan pisang, anda boleh membuatkan kek pisang yang moist ini. Kek pisang kukus yang sedap ini pasti disukai oleh seluruh keluarga anda. Jomlah cuba masak kek pisang kukus moist dengan resepi yang mudah dan sedap ini.

Bahan
bahan kek pisang kukus moist 01

bahan kek pisang kukus moist telur

bahan kek pisang lecek kukus moist 01
4 biji telur
170 gram gula
170 gram marjerin
300 gram pisang (ditimbang tanpa kulit), dilecek
1 biji pisang emas, dihiris nipis untuk hiasan
250 gram tepung terigu
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil baking soda
1/8 sudu kecil garam

Cara-cara masak kek pisang kukus

Campur tepung terigu, serbuk penaik, baking soda, dan garam ke dalam mangkuk besar.

Cairkan marjerin dengan cara dimasukkan ke microwave selama 1 menit. Tuangkan di mangkuk kecil dan biarkan hingga dingin.
cara masak kek pisang kukus moist telur gula
Campur telur dan gula dengan mixer hingga mengembang dan berwarna kuning pucat.

Masukkan marjerin cair ke dalam campuran telur. Aduk dengan spatula
cara masak kek pisang kukus moist pisang lecek
Tambahkan pisang lecek ke dalam campuran tersebut. Aduk dengan spatula hingga merata
cara masak kek pisang kukus moist tepung terigu
Terakhir, tambahkan campuran tepung terigu dan aduk dengan spatula hingga sebati.
cara masak kek pisang kukus moist tuang pan
Sediakan pengukus 10 minit lebih awal dan memastikan air sedang mendidih. Tuangkan adunan kek ke dalam round cake pan. Hiaskan atas adunan dengan kepingan pisang yang sudah dihiris nipis.
cara masak kek pisang kukus moist hiaskan kepingan pisang
Kukus pada suhu tinggi selama 45 minit.

Kek pisang kukus yang moist ini siap dihidangkan