Resepi Kek Tiramisu Paling Mudah, 4 Bahan Je! Tanpa Bakar Tanpa Kukus!

Posted on

Resepi cara buat kek tiramisu guna biskut marie paling mudah tanpa bakar tanpa kukus
resepi kek tiramisu guna biskut marie paling senang
Kali ini, aku nak share resepi kek tiramisu yang paling mudah dan simple bagi aku. Resepi ini aku dapat dari grup masak apa hari ni. Tapi dah lama gile aku dah buat tiramisu ni sejak zaman rajin aku. Sebenarnya, aku tak pasti apakah resepi tiramisu ini sejenis kek atau sejenis manisan. Aku kongsi resepi guna kaedah yang paling mudah dengan menggunakan bahan-bahan yang paling senang didapati. Bolehlah kalau Anda teringin nak makan dessert buffet kat hotel tuh, cuba buat tiramisu guna biskut marie yang sedap dan juga senang nak buat ni.

Bahan-bahan
Biskut marie
Susu cair atau susu full krim
Non dairy whiping cream
Milo

Cara-cara membuat tiramisu tanpa bakar tanpa kukus

Celupkan biskut marie dalam susu.
Susun dlm bekas. Saya susun 2 layer biskut tu.
Paipkan whipping cream yg dpukul kental
Lepas tu susun biskut marie lagi
Paipkan whiping cream dan tabur milo kat atasnya

Kek tiramisu yang sedap dan menyelerakan ini siap dihidangkan untuk pencuci mulut.