Resepi Kuih Boko Ubi Kayu Gula Merah Paling Mudah! Boleh Jadi Sumber Pendapatan!

Posted on

resepi kuih boko ubi kayu gula merah mudah sedap

Kuih tradisi yang dihasilkan dari parutan ubi kayu segar dan dinikmati bersama santan ini sangat popular di Kelantan. Kuih boko ubi kayu ini teksturnya sangat lembut, macam puding. Resepi cara buat kuih boko ubi kayu gula merah pun simple je. Jomlah cuba buat kuih tradisional kelantan ini. Resepi kuih boko ubi kayu ini kredit dari Abd Rahman, telah dikongsikan lebih dari 4rb kali.

Resepi lapisan bawah kuih boko ubi kayu

Bahan-bahan

  • 1 kg ubi parut
  • 1 ketul gula melaka / 50 gram gula merah
  • 1 helai daun pandan(dikisar)
  • 12 sudu besar gula pasir
  • air

Cara-cara buat lapisan bawah kuih boko ubi kayu

  • Masak hingga larut bahan2 diatas kecuali ubi parut.
  • Bila dah larut tapis dan ketepikan.
  • Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit larutan yang dimasak tadi ke dalam ubi parut. Jangan terlalu cair dan jangan terlalu pekat adunan tu.
  • Masukkan dalam bekas dan kukus selama 10 minit

Resepi lapisan atas kuih boko ubi kayu

Bahan-bahan

  • 1 biji kelapa parut di blend bersama2 8 cawan air..
  • 1 1/4 cawan tepung beras
  • sedikit garam

Cara-cara buat lapisan atas kuih boko ubi kayu

  • Masak kesemua bahan dengan api sederhana besar hingga adunan santan tadi meletup-letup dan likat.
  • Tutup api dan tuang ke atas adunan ubi yg di kukus.

Kuih boko ubi kayu gula merah siap dihidangkan. Kuih tradisional ini pun boleh jadi sumber pendapatan Anda.

Selamat mencuba