Resepi Kuih Kaswi Pandan Goyang Sukatan Cawan!

Posted on

Resepi kuih kaswi pandan goyang sedap – Alhamdulillah jualan santai petang tadi, habis kesemuanya tidak berbaki. Kepada penggemar kuih kaswi pandan tu mungkin nak cuba resepi yang satu ni pulak

Bahan A
1 3/4 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
3/4 cawan gula pasir(suka manis boleh buh 1 cawan)
1 sudu teh air kapur
1 sudu teh pewarna hijau

Bahan B
8-10 helai daun pandan
4 1/2 cawan air
Blender daun pandan dan air kemudian tapis…sukat 4 1/2 cawan…

Bahan C
Kelapa parut yg digaul dengan sedikit garam.

Cara
Panaskan kukusan hingga air mndidih..
Sapukan minyak atau marjerin pada loyang
Satukan semua bhn A dan bhn B…blender hingga sebati. ..
Tapis ke dalam loyang yangg di sapu minyak dan lapik plastik… kukus selama 35-40 minit
Kaswi ni kalo da masak memang nampak lembik sedikit…tp jangan risau bila da sejuk…kaswi ni akan kenyal dan bergoyang2….
Jika ada air bertakung…buang sikit2 guna sudu dan biarkan betul2 sejuk baru potong (saya letak bawah kipas)pastu letak dalam peti sejuk..kes teringin sangat kihkihkih..
Potong kaswi dan gaul dengan kelapa parut+sedikit garam…
(Pastikan kaswi betul2 sejuk yer baru di potong)