Resepi Kulit Karipap Rapuh, Sedap dan Paling Simple, 4 Bahan Je!

Posted on

Ada banyak versi resepi mudah untuk membuat kulit karipap. Ada kulit karipap yang rangup, rapuh, dan pusing. Saya sangat suka karipap tradisional yang rapuh. Kuih yang juga digelar kuih tepung bawang, atau kuih epok-epok ini merupakan kuih yang menjadi kesukaan saya. Bagi Anda yang suka karipap, tunggu apa lagi. Jom cuba buat resepi kulit karipap yang terbaik dan paling simple dengan 4 bahan je!

Bahan
– 1 kg tepung gandum
– 1 1/2 cawan minyak
– Sedikit garam dilarutkan dalam secawan air
– Air secukupnya

Cara-cara membuat kulit karipap langkah demi langkah

1. Masukkan tepung gandum dalam bekas besar
resepi kulit karipap rapuh sedap simple 4 bahan je
2. Masukkan minyak dalam tepung dan gaul sebati sampai macam serbuk roti
3. Masukkan air garam dan gaul lagi
resepi kulit karipap rapuh sedap simple 4 bahan je
4. Masukkan air sikit-sikit dan uli sampai doh x melekat kat tangan
5. Uli lagi. Bila nampak doh sudah elok, buatkan bulat-bulat kecik sampai habis.
resepi kulit karipap rapuh sedap simple 4 bahan je
6. Masukkan semula doh dalam plastik dan perap lagi selama 15 minit. Setelah diperap, bolehlah kita mulakan proses membuat karipap. Ambil satu doh, gelekkan, dan masukkan inti karipap, lepas tu kelimkan.
resepi kulit karipap rapuh sedap simple 4 bahan je