Resepi Lasagna Atkins Untuk Diet

Posted on

resepi lasagna atkins diet mudah sedap
Resepi cara masak lasgna atkins untuk diet yang paling mudah dan sedap – Anda sedang berdiet tapi pingin makan sedap-sedap? Anda boleh cuba makan lasagna atkins. Masakan ini rendah kalori dan karbohidrat tetapi sangat sedap. Bahan asas tepung terigu digantikan dengan terung sehingga lasaga ini akan mengandungi banyak serat yang sangat baik untuk diet. Meh saya nak share resepi mudah lasagna ala atkins untuk diet

Bahan:

500 gram Terung
300 gram daging lembu
2/3 cawan Sos Tomato
1/4 cawan Extra Virgin Olive Oil
1/8 sudu kecil garam
1/8 sudu kecil Lada Hitam
1 1/3 cawan Keju Ricotta
300 gram bayam cincang
2 biji telur
1/4 cawan Keju parmesan, diparut
300 gram Mozzarella Cheese (Susu Seluruh)
3 kuntum cendawan portobello

Cara masak lasagna ala diet atkins

Potong terung panjang dengan ketebalan 1/4 inci. Letakkan secara menegak dan diamkan selama 15 minit agar cecair pahitnya keluar.

Goreng daging lembu kira-kira 6 minit hingga berwarna kecoklatan. Toskan minyak kemudian lumuri dengan sos tomato.

Olesi cendawan dengan olive oil, bumbui dengan garam dan lada hitam. Kemudian, tumis cendawan selama 4 minit hingga berwarna kecoklatan. Potong cendawan dengan ketebalan 1/2 inci.

Olesi kedua sisi terung kering dengan minyak zaitun. Panggang selama 3 minit untuk setiap sisi.

Masukkan ricotta, bayam, telur, dan cheese parmesan ke dalam food processor. Blend hingga tercampur rata. Tambahkan lada hitam.

Olesi loyang dengan minyak. Ambil separuh terung dan letakkan di dasar loyang secara bertindih. Letakkan seluruh cendawan dan setengah mozarella di atasnya. Letakkan daging lembu di atas lapisan cendawan. Tuangkan campuran ricotta di atas lapisan daging lembu. Tutup dengan terung yang tersisa diikuti dengan sisa mozarella.