Resepi Masakan Ikan Tiga Rasa Thailand Paling Sedap

Posted on

resepi masakan ikan tiga rasa thailand paling sedapResepi masakan ikan siakap, kembung, dan bawal guna sos tiga rasa thailand paling mudah dan sedap – Ikan dengan sos ala thailand ini merupakan laut yang sangat lazat untuk makan malam. Kini, saya boleh berkongsi dengan anda mengenai resepi bagaimana cara memasak ikan tiga rasa ala thailand. Anda boleh menggunakan ikan siakap, ikan kembung atau ikan bawal. Ikan kerapu juga boleh dimasak dengan sos tiga rasa ala thailand. Namun, ikan yang paling kegemaran untuk dimasak 3 rasa adalah ikan siakap. Ikan dengan rasa manis, masin, dan pedas ini boleh ditemui dengan mudah di restauran-restauran. Jika kamu ingin memasak sendiri di rumah, resepi membuat ikan tiga rasa ala thai ini sangat mudah.

Bahan sos tiga rasa
resepi masakan ikan tiga rasa ala thai chef wan simple sedap mudah

1 Ikan besar (boleh ikan siakap, ikan kerapu, ikan kembung, atau ikan bawal). Bagi menjadi 3 bahagian di setiap sisi ikan
1 buah tomato, dicincang halus
1 bawang bombay, cincang kasar
2 ulas bawang putih, dicincang halus
100 gram sos pedas manis thailand
1 cawan air
0.5 sudu teh garam
1 sudu teh sos ikan
1 sudu teh cuka
1 sudu makan sos pedas
1 sudu makan ketumbar halus

Bahan potong dadu
1 buah bawang bombay
1 cawan kecil nanas
1 buah tomato
cili benggala merah, hijau dan kuning masing-masing 0,5 biji
timun sesuai selera

Cara memasak ikan 3 rasa
resepi ikan siakap bawal kembung tiga rasa thailand mat gebu
1. Campurkan sos thailand, air, cuka, dan sos pedas ke dalam mangkuk besar. Ketepikan
2. Goreng ikan dengan cara deep fry hingga berwarna coklat keemasan dan menjadi crispy
3. Panaskan 3 sudu makan minyak dalam kuali, tumis bawang bombay dan bawang putih yang sudah dicincang hingga wangi
4. Tambah tomato yang sudah dicincang. Aduk hingga merata
5. Tambah campuran yang sudah dibuat pada langkah 1. Perasakan dengan garam dan sos ikan. Panaskan dan aduk hingga mengental
6. Tambah ketumbar. Aduk hingga merata
7. Langkah terakhir, masukkan bahan-bahan yang sudah dipotong dadu. Biarkan hingga setengah matang
8. Tuangkan sos tiga rasa ini ke atas ikan yang tadi sudah digoreng.
9. Ikan tiga rasa ala thailand siap dinikmati
Bagaimana? Sudahkah anda mencuba? Manakah yang paling anda suka untuk dimasak dengan sos tiga rasa ala thailand? Ikan siakap, ikan kembung, ikan bawal atau ikan kerapu?

Jika anda sudah pernah makan malam dengan ikan tiga rasa thailand, anda juga boleh cuba resepi makanan barat ala chef wan untuk makan malam.