Resepi Mee Bandung Muar Asli Paling Sedap ala Chef Wan

Posted on

Resepi Cara Masak Mee Bandung Muar Asli Ala Chef Wan Yang Paling Sedap, Mudah, dan Ringkas

Mee bandung merupakan masakan tradisional dari Muar, Johor. Saya mula menggemari Mee Bandung Muar sejak saya menjadi penghuni Kolej Ketiga Universiti Malaya. Belakangan ini saya ingin cuba masak sendiri mee bandung muar asli setelah melihat acara memasak di AFC. Resepi masakan ala chef wan ni very simple dan mudah. Jomlah cuba buat mee bandung muar ala chef wan.
Resepi Mee Bandung Muar Asli Paling Sedap ala Chef Wan Mudah Ringkas 01
Bahan Cili Paste
Cili giling
Udang kering
Bawang merah
Bawang putih
Belacan
Gula dan garam

Cara masak Cili Paste
Resepi Mee Bandung Muar Asli Paling Sedap ala Chef Wan Mudah Ringkas 03
Panaskan minyak lalu masukkan cili giling, udang kering, bawang merah, bawang putih, dan belacan. Masak sampai cili tu pecah minyak dan pekat. Masukkan sket gula dan garam secukup rasa. Boleh wat seberapa banyak cili paste sebab cili paste nanti boleh pakai untuk mihun, wantan mee, nasi goreng, dll.

Bahan Mee Bandung Muar Asli
Resepi Mee Bandung Muar Asli Paling Sedap ala Chef Wan Mudah Ringkas 02
Mee kuning
Sawi
Udang
Taugeh
Fishball
Fishcake
Tauhu
Cili paste
Daun ketumbar
6 sudu Sos cili
1 sudu tiram
1 sudu kicap manis
2 biji telur

Cara Masak Mee Bandung Mudah
1. Panaskan kuali, tak perlu letak minyak dah.
2. Masukkan cili paste, sos cili, sos tiram, dan kicap manis. Lalu tumis kejap
3. Masukkan udang lalu kacau dalam seminit
4. Masukkan sawi lalu gaul rata dan masukkan air panas.
5. Masukkan fishball, fishcake, dan tauhu
Resepi Mee Bandung Muar Asli Paling Sedap ala Chef Wan Mudah Ringkas 04
6. Masukkan mee kuning, gaul-gaul kejap bagi rata
7. Masukkan telur untuk memekat kuah
8. Jika dah masak, tutup api lalu masukkan taugeh dan hiaskan dengan daun ketumbar, telur rebus, dan bawang goreng.
Resepi Mee Bandung Muar Asli Paling Sedap ala Chef Wan Mudah Ringkas 05
Mee bandung asli muar ala chef wan siap disajikan. Masa ni Anda sudah telan air liur sebab kelaparan.