,

Resepi Mee Goreng Basah Pedas Yang Paling Simple

resepi mee goreng basah pedas simple bergambar sbs

Resepi Mee Goreng Basah Pedas Yang Paling Simple untuk Breakfast! Selamat pagi! Tak tahu nak breakfast apa. Hari ini saya ingin kongsikan resepi dan cara memasak mee goreng basah pedas yang sangat simple untuk breakfast. Keluarga saya sangat menggemari mee goreng. Semoga keluarga dan budah-budak Anda juga sangat menggemari mee goreng basah ni.

Jomlah cuba buat mee goreng basah dengan resepi simple ni.

Bahan-bahan
1/2 kilo mee kuning( sepeket)
3 biji bawang merah kecil(diblend)
2 ulas bawang putih(diblend)
2-3 sudu besar cili boh (ikut selera dan kepedasan masing-masing)
Isi ayam
Udang & sotong
Sawi
1 biji tomato
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Kicap
1 sudu besar cuka (kalau suka masam boleh lebihkan)
1 sudu besar gula (kalau suka manis boleh lebihkan)
Serbuk perasa
1 biji telur
Minyak untuk menumis
1 setengah cawan air

Cara-cara memasak mee goreng basah pedas:
1. Panaskan minyak dan tumiskan cili boh hingga garing. Lepas tu baru masukkan bawang blend dan tumis hingga garing.
2. Masukkan isi ayam, dan gaul sebati.
3. Masukkan sos tiram, sos cili, sos tomato, cuka, gula dan kacau sebati. Masukkan udang & sotong, kacau sebati.
4. Masukkan air, gula, serbuk perasa dan kicap. Biar mendidih. Masukkan batang sawi.
5. Masukkan mee kuning, daun sawi dan tomato. Kacau sebati. Masukkan telur dan biarkan sekejap. Telur dah agak masak baru di kacau.

Mee goreng basah sedia dihidangkan dengan limau nipis, daun bawang, dan cili merah hiris serta bawang goreng. Kalau keluarga Anda suka mee, cuba juga resepi mee bandung ala chef wan yang paling sedap ni.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Total votes: 0

Upvotes: 0

Upvotes percentage: 0.000000%

Downvotes: 0

Downvotes percentage: 0.000000%

resepi kuih koci pulut hitam sedap

Viral! Ini Resepi Kuih Koci Pulut Hitam Paling Sedap!

Resepi Sotong Sumbat Bakar Sambal Masak Thai (Step By Step)